Delegasi UNI Commerce Global Car Dealers Network melawat Bilik Pameran Proton Rawang
Pada 18 Oktober 2025, para delegasi UNI Commerce telah berpeluang melawat Bilik Pameran Proton Pantai Bharu Autohaus Sdn. Bhd, Rawang.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada rangka program dan jadual lawatan kerja mereka ke Malaysia.
Pihak Outlet Proton amat berbesar hati dan teruja menerima kehadiran para delegasi memandangkan ini merupakan kunjungan pertama daripada peserta antarabangsa ke premis mereka.
Sebagai tanda sambutan, YBrs En. Azhar Bin Abdul Hamid (General Manager) selaku wakil pihak Pengurusan Pantai Bharu Autohaus telah membuat persiapan dengan sangat baik, meliputi aspek pembentangan (presentation), susunan aturcara, penyediaan jamuan ringan, serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh keseluruhan pasukannya — benar-benar melebihi jangkaan pihak kami.
Sepanjang lawatan, para delegasi berpeluang melihat dengan lebih dekat kenderaan elektrik model e.MAS 5, di samping dibawa melawat ke bengkel servis (workshop) Proton untuk meninjau operasi serta kemudahan yang disediakan di sana.
Lawatan ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada para delegasi mengenai kemajuan industri automotif nasional, malah turut mengukuhkan hubungan antara UNI Commerce, UNI-MLC, Union Proton Edar, dan pihak Pantai Bharu Autohaus sebagai wakil pengedar rasmi Proton.
Secara keseluruhannya, lawatan ini bukan sahaja berjaya mencapai objektif yang dirancang, malah turut membuka ruang kerjasama dan perkongsian pengetahuan antara delegasi antarabangsa dan pihak Proton.
Presiden UNI-MLC Datuk Mohamed Shafie BP Mammal mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan program ini.
Diharapkan hubungan yang terjalin ini akan terus diperkukuh dan diteruskan pada masa akan datang.
Lapuran disediakan oleh
Sdri Yuhanis Hashim
Setiausaha Kesatuan Proton Edar.