PROGRAM LAWATAN KERJA YB MENTERI SUMBER MANUSIA KE KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (RUM)
Brickfields, Kuala Lumpur | Selasa 26 November 2024
YB Menteri Sumber Manusia, Encik Steven Sim Chee Keong, telah mengadakan lawatan kerja ke Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) di Pejabat RUM, Brickfields, Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan antara kementerian dan kesatuan serta memahami isu-isu yang dihadapi oleh pekerja dalam sektor perkhidmatan rel.
Semasa lawatan, YB Menteri berdialog bersama wakil kesatuan dan ahli RUM mengenai kebajikan pekerja, syarat kerja, dan inisiatif latihan kemahiran untuk meningkatkan kecekapan tenaga kerja. Beliau turut memberi jaminan komitmen kementerian dalam menyokong usaha kesatuan untuk menjaga hak pekerja dan memajukan sektor perkhidmatan awam rel.
Program ini mencerminkan usaha berterusan Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan kebajikan pekerja sentiasa menjadi keutamaan, sekaligus menyumbang kepada kemajuan sektor pengangkutan negara.
Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden UNI-MLC menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YB Menteri KESUMA kerana sudi turun padang bertemu dengan Kesatuan RUM.