Wednesday, November 27, 2024

PROGRAM LAWATAN KERJA YB MENTERI SUMBER MANUSIA KE KESATUAN PEKERJA-PEKERJA GENTING MALAYSIA BERHAD DAN KESATUAN EKSEKUTIF GENTING MALAYSIA BERHAD

 Genting Highlands, Pahang | Jumaat 15 November 2024



YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia telah mengadakan lawatan kerja ke Kesatuan Pekerja-Pekerja Genting Malaysia Berhad dan Kesatuan Eksekutif Genting Malaysia Berhad untuk berdialog bersama ahli kesatuan dan memahami isu-isu yang dihadapi oleh pekerja di Genting Malaysia Berhad. Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan antara kementerian dan kesatuan dalam usaha memperjuangkan kebajikan pekerja.

Sepanjang lawatan, YB Menteri berbincang dengan wakil kesatuan mengenai keadaan kerja, hak pekerja, dan cabaran yang dihadapi oleh ahli kesatuan dalam sektor ini. Beliau juga menekankan pentingnya kerjasama erat antara majikan, pekerja, dan pihak kesatuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, adil, dan kondusif.

Lawatan ini mencerminkan komitmen Kementerian Sumber Manusia dalam memastikan kebajikan pekerja sentiasa terpelihara dan memberi sokongan kepada kesatuan dalam mencapai matlamat bersama bagi kesejahteraan tenaga kerja di Malaysia.

Hadir bersama dari Kesatuan Pekerja - Pekerja Genting Malaysia Berhad.
~Sdra. Sikindar - Presiden
~Sdra. Lawrance simon (Ben) Setiausaha Agung
~Serta Ahli Majlis Jawatan Kuasa Kerja.

Dari Kesatuan Eksekutif Genting Malaysia Berhad.
~Sdra. Nid Nuam - Presiden
~Sdra. Alfred Iruthiarajoo - Setiausaha Agung
~Serta Ahli Exco.

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden UNI-MLC menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YB Tuan Steven Sim Menteri KESUMA kerana sudi bertemu dengan Kesatuan.
(Turun padang)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP