Thursday, June 14, 2012

Majlis kesyukuran bagi meraikan Y.Bhg. Tan Sri Datuk Haji Zainal Rampak




UNI-MLC & Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC & Penswastaan telah mengadakan satu majlis kesyukuran bagi meraikan Y.Bhg. Tan Sri Datuk Haji Zainal Rampak mantan Presiden MTUC merangkap Setiausaha Agung Transport Workers Union (TWU) pada 14.06.2012 kerana telah dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Duli Yang Maha Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung pada 02.06.2012.

Seramai 100 orang pemimpin-pemimpin Kesatuan dari Lembah Klang telah berkesempatan menghadiri majlis tersebut dan Y.Bhg. Tan Sri telah menyampaikan amanat serta bertukar-tukar pendapat dengan pemimpin Kesatuan lain.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Y.Bhg.  Dato’ Elias B. Kadir Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu, Sdra. Abd. Razak B. Md. Hassan Presiden RUM, Sdra. Abu Hussin Nikmat, Presiden KPPPTNB, Sdra. Mohd Roszeli Majid, Presiden TNBJOU, Sdra. Rajasegaram Setiausaha Eksekutif AMESU. 
 
Turut hadir ialah Encik Duraipah mantan Presiden NUTE bekas Penolong Setiausaha MTUC dan wakil pekerja ke ILO.



 



 

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP