Friday, September 4, 2026

Utusan malaysia - Lindung 24 Jam perlu ditambah baik, bukan dimansuhkan

 


Read more...

NUTP RAI PERSIDANGAN PERWAKILAN TRITAHUNAN KALI KE-24

 


KOTA BHARU, 3 September 2026 — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah mengadakan Majlis Makan Malam sempena Persidangan Perwakilan Tritahunan NUTP Kali Ke-24 di Renai Hotel, Kota Bharu, Kelantan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden NUTP, Sdr. Haji Aminuddin bin Awang. Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), yang mewakili Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YBhg. Dato’ Haji Adzman bin Talib, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), dan Puan Hajah Siti Norina binti Muhamad, Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan.
UNI Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) turut diwakili oleh Presidennya, YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, bersama Sdr. Haji Mohd Effendy Abdul Ghani, Setiausaha Agung UNI-MLC.

Majlis turut menyaksikan penyampaian pelbagai anugerah sebagai penghargaan kepada tokoh kepimpinan, ahli kehormat, kakitangan dan cawangan NUTP atas khidmat bakti, komitmen serta pencapaian mereka.

UNI-MLC merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada NUTP atas kejayaan menganjurkan persidangan dan majlis makan malam tersebut. Penghargaan turut disampaikan kepada Presiden NUTP, Sdr. Haji Aminuddin bin Awang; Setiausaha Agung NUTP, Sdr. Haji Fouzi bin Singon; Bendahari Agung NUTP, Sdr. Azmi bin Ahmad Sapian; serta seluruh barisan kepimpinan, jawatankuasa, urus setia dan perwakilan yang telah menjayakan persidangan berkenaan.

Penganjuran ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah memperkukuh solidariti antara kesatuan sekerja dalam usaha memperjuangkan kebajikan serta kepentingan warga pekerja dan pendidik di Malaysia.

Disediakan oleh,
Effendy
SUA UNI MLC

Read more...

Thursday, September 3, 2026

ROADSHOW & ORGANIZING UNION MEMBERS AEON KOTA BHARU, KELANTAN

 




Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON Co. (M) Bhd. telah mengadakan Roadshow di AEON Kota Bharu, Kelantan. 

Tujuan Roadshow ini diadakan adalah untuk merekrut ahli baru dan mengadakan penglibatan secara terus bersama ahli-ahli di peringkat stor.

Pada masa yang sama ahli diberikan penerangan dan pencerahan mengenai CA yang pertama dan di samping mendapatkan maklum balas serta mendengar secara langsung keluhan, pandangan dan isu-isu yang dihadapi oleh ahli di peringkat stor.


Kehadiran Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan:


Sdra Muhammad Fadhli Bin Muhammad Zamzuri - Presiden

Sdra Buhairi Bin Omar - Naib Presiden
Sdra Amir Wafiuddin Bin Amir Shafar Rudeen - Setiausaha
Sdri Filla Irdanie Bt Mohd Amir - Penolong Setiausaha
Sdri Asiah Binti Yahaya - Bendahari
Sdra Mohd Jalaluddin Bin Abdul Ghani - Ahli Jawatankuasa Kerja

Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI MLC, yang telah memberikan nasihat, dorongan serta pencerahan berhubung isu-isu yang dibangkitkan, khususnya dari perspektif undang-undang di Malaysia.


Kehadiran dan perkongsian Datuk Presiden amat bermakna dalam membantu ahli-ahli memahami peranan Kesatuan serta kepentingan mengetahui dan mempertahankan hak mereka sebagai pekerja.


Bagi pihak Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON Co. (M) Bhd., kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Datuk Presiden kerana sudi meluangkan masa untuk hadir dan bersama-sama dalam program Roadshow pada hari ini.

Read more...

Taklimat Panel Majikan & Pekerja Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) Bagi Kawasan K.L , Selangor & Tenggara.

 




Tarikh: 03 September 2026.
Tempat: Pejabat PERKESO Kuala Lumpur
Wakil Majikan dan Wakil Kesatuan Sekerja - [UNI-MLC].

Tujuan Utama:

Menjelaskan fungsi dan kuasa JRKS sebagai Badan Rayuan Bebas. Memberi panduan jelas hak serta cara memfailkan Rayuan bagi keputusan berkaitan Lindung 24 Jam, kesemua Skim Faedah PERKESO dan Skim Insurans Pekerjaan (SIP) — terbuka kepada kedua-dua pihak Majikan mahupun Pekerja.Turut menjelaskan syarat, dokumen penting serta had masa memfailkan rayuan supaya semua prosedur dipatuhi dengan tepat demi penyelesaian yang adil, teratur dan telus.

Manfaat:

🔘Memahami dengan tepat perlindungan di bawah Lindung 24 Jam, faedah bencana pekerjaan, hilang upaya, serta bantuan di bawah SIP
🔘Mengurangkan salah faham dan pertikaian yang tidak berasas
🔘Tahu saluran rasmi yang betul untuk mempertahankan hak jika keputusan dianggap kurang tepat
🔘Memperkukuh hubungan harmoni serta pematuhan undang-undang keselamatan sosial.

Pegawai Kanan UNI-MLC yang turut hadir:

1. Bro Rajamorganan A/L Narunan
2. Bro Hj Nikmatullah Abu Bakar Citi
3. Bro Shaffie Osman
4. Pn Fathlunnisak Bt Ahmad Sani
5. Bro Muhammad Hider Mohd Yusof

Read more...

Monday, August 31, 2026

🇲🇾 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗞𝗲-𝟲𝟵 🇲🇾

 


Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP