Dua Kesatuan Baharu Sertai UNI-MLC, Perkukuh Gerakan Pekerja
Salam Solidariti kepada semua,
Pada minggu ini, 2 lagi kesatuan telah menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan UNI-MLC, sekali gus memperkukuh lagi kekuatan serta kesatuan gerakan pekerja di bawah naungan UNI-MLC.
Penyertaan ini mencerminkan keyakinan dan kepercayaan berterusan terhadap peranan UNI-MLC dalam memperjuangkan hak, kebajikan, serta kepentingan para pekerja secara kolektif dan bersepadu.
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pada 6 April 2026, UNI-MLC telah menerima permohonan rasmi untuk bergabung daripada Kesatuan Pekerja-Pekerja Penang Port Sdn. Bhd.
Presiden Kesatuan, Saudara Saiful Adli bin Haji Yahaya, telah menyampaikan borang permohonan tersebut kepada Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Saudara Azlan Ariff (Setiausaha Kehormat), Saudara Sanusi Ahmad (Naib Presiden), dan Saudara Yusnizan (Naib Presiden).
Datuk Mohamed Shafie BP Mammal merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian kesatuan tersebut untuk bergabung dengan UNI-MLC serta mengalu-alukan penyertaan mereka sebagai sebahagian daripada keluarga besar UNI-MLC.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh peranan kesatuan sekerja sebagai wadah utama pembelaan hak pekerja, di samping memperluas jaringan kerjasama strategik ke arah memperjuangkan kebajikan, kepentingan serta kesejahteraan warga pekerja secara menyeluruh.
UNION POWER!!!