Thursday, December 5, 2024

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESUMA KE PEJABAT KESATUAN SEKERJA POS MALAYSIA BERHAD

 


Jalan Thambhapillai, Kuala Lumpur | Rabu, 4 Disember 2024

Pada hari ini YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Kesatuan Sekerja Pos Malaysia Berhad bagi meninjau operasi serta berinteraksi dengan ahli dan pemimpin kesatuan. Pejabat tersebut menempatkan tiga kesatuan utama iaitu Kesatuan Pekerja-pekerja Perkeranian Pos Malaysia Berhad Semenanjung Malaysia, Kesatuan Pekerja-pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad Semenanjung Malaysia dan Kesatuan Penolong Eksekutif Pos Malaysia Berhad.

Dalam lawatan ini, YB Menteri mengunjungi setiap tingkat pejabat kesatuan bagi mendengar aspirasi, cabaran, dan cadangan daripada wakil kesatuan. Sesi dialog diadakan secara langsung untuk memahami keperluan pekerja dan merangka langkah-langkah memperkukuh hubungan antara kesatuan dan majikan.

Lawatan ini mencerminkan komitmen Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam memperkasakan hak pekerja serta memastikan kebajikan mereka terus menjadi agenda utama. Dialog dua hala ini diharapkan dapat meningkatkan kecekapan operasi kesatuan serta mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni dan produktif di sektor perkhidmatan pos.


Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden UNI-MLC menzahirkan ucapan Penghargaan kepada YB Tuan Steven Sim Menteri KESUMA kerana sudi turun ke padang untuk bertemu serentak 7 buah Kesatuan Sekerja dalam Pos Malaysia pada 4.12.2024 di Kuala Lumpur.
(3 kesatuan Pos dari Semenanjung, 2 Kesatuan Pos dari Sarawak dan 2 kesatuan Pos dari Sabah)

Sumber : FB Kementerian Sumber Manusia



  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP