Sunday, October 20, 2024

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) ANJURAN BERSAMA JHEKS SARAWAK DAN GABUNGAN UNI MLC SARAWAK telah diadakan di TAMAN SERI PUTERI, TELAGA AIR KUCHING pada hari ini, 19 OKTOBER 2024.

 


Program CSR ini diadakan bertujuan untuk memberikan bantuan dan sumbangan kepada Taman Seri Puteri, Telaga Air, Kuching yang terletak di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak. Ianya berperanan membantu golongan anak-anak gadis yang terdedah kepada bahaya moral dan memerlukan perlindungan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab, Ketua Pengarah JHEKS. Selain itu, program ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Presiden UNI MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal yang turut memberikan ucapan bagi mewakili pihak UNI MLC.

Dianggarkan seramai 200 orang telah menghadiri aktivi ini yang terdiri daripada JHEKS Sarawak, penghuni Taman Seri Puteri dan kesatuan-kesatuan yang bergabung dengan UNI MLC di Sarawak.

Kesatuan-kesatuan yang terlibat adalah Kesatuan Pekerja Telekom Malaysia Sarawak, Kesatuan Pekerja-Pekerja LHDNM Sarawak, Kesatuan Kakitangan Perkeso Sarawak, Kesatuan Anggota Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Sarawak, Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Negeri Sarawak, Kuching Port Employees' Union, Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Pertanian Malaysia Berhad Negeri Sarawak dan Kesatuan Kakitangan Perkeranian Pos Malaysia Berhad Sarawak.

Datuk Mohamed Shafie menzahirkan ucapan Terima kasih & Penghargaan kepada Puan Dorrhea Anak Chuat Pengarah JHEKS Sarawak dan Pegawai pegawainya serta semua Kesatuan yang menjayakan Program ini.



  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP