Monday, October 16, 2023

Majlis menandatangani serentak Perjanjian Kolektif Pertama bagi tempoh 2018-2020 & Kedua bagi tempoh 2021-2023 di antara Kesatuan Eksekutif RHB Bank Berhad (KEEPER) bersama RHB Bank Berhad pada 16.10.2023, di RHB Centre, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

 


Kesatuan Eksekutif RHB Bank Berhad (KEEPER) di wakili oleh Sdra. Ahmad Fauzi Bin Mohamad, Presiden, Sdra. Muhammad Faizal Bin Basir, Setiausaha, Sdra. Kalma Mohammad Ayzad, Bendahari.

RHB Bank Berhad di wakili oleh YBrs Tuan Rashid Mohamad, Group Managing Director, Puan Wan Mariah Abu Hassan, Group Chief People Officer.

Majlis menandatangani Perjanjian Bersama ini di saksikan oleh YBhg. Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, Pengerusi RHB Bank Berhad dan YBrs Tuan Khalid Bin Jali, Ketua Pengarah, Jabatan Perhubungan Perusahaan, Malaysia.

Hadir sama:
Encik Mohd Faizal Bin Ahmad Tarmizi, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Tenaga Kerja, Malaysia, Tuan Ahmad Badri Jaafar @ Ismail, Timbalan Ketua Pengarah JPP, dan pegawai kanan dari JPP, Puan Rohaiza Binti Che Ha’a, Penolong Pengarah Kanan dan pegawai dari JHEKS Selangor & WP.

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, Sdra. Shaffie Bin Osman, Naib Presiden UNI-MLC, Sdra. V.Mathialaghan, Bendahari UNI-MLC.

Datuk Mohamed Shafie mengucapkan Tahniah kepada Kepimpinan Kesatuan Eksekutif RHB Bank Berhad (KEEPER) dan Pengurusan RHB Bank Berhad kerana Berjaya menandatangani dua perjanjian serentak.



  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP