Tuesday, June 13, 2023

Workshop Domestic Inquiry UNI-MLC & PERKESO 12.06.2023 Kuala Lumpur

 






Seramai 30 orang pemimpin dan aktivis dari Kesatuan Gabungan UNI-MLC telah menghadiri Workshop Domestic Inquiry UNI-MLC & PERKESO yang telah diadakan pada12.06.2023 di Kuala Lumpur.

Tujuan utama workshop ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pemimpin-pemimpin kesatuan yang baru mengenai tatacara Domestic Inquiry serta teknik-teknik pembelaan semasa Domestic Inquiry diadakan dan tiga topik seperti berikut telah dibentangkan:

Topik 1: Domestic Inquiry sejajar dengan Seksyen 14, Akta Kerja 1955 dan Perjanjian Bersama disampaikan oleh Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC

Topik 2: Teknik dan Strategi Penyediaan Kes bagi Siasatan Dalaman, disampaikan oleh Sdra. Shaffie Bin Osman, Naib Presiden UNI-MLC

Topik 3: Peranan Pemimpin Kesatuan mengendalikan Domestic Inquiry disampaikan oleh Sdra. V.Mathialaghan, Bendahari UNI-MLC

Turut hadir di majlis ini adalah YBrs Tuan Wan Mahmood Bin Wan Harun dari PERKESO.

Datuk Mohamed Shafie menyifatkan penyertaan serta penglibatan peserta-peserta workshop ini sangat positif dan berharap dengan pendedahan ini akan dapat membantu mereka semasa Domestic Inquiry sebenar diadakan.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP