Program Social Synergy & Sahabat Perkeso Prihatin
Seramai 80 orang pemimpin dari Kesatuan Gabungan UNI MLC telah menghadiri Sesi Libat Urus bersama UNI-MLC berkenaan Program Social Synergy & Sahabat Perkeso Prihatin telah diadakan pada 25 Oktober 2022 Dewan Kenanga, Tingkat 18, Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Y.Bhg. Tuan Ismail Abi Hashim, Ketua
Bahagian Sinergi, Perkeso mengalu-alukan kehadiran perwakilan UNI MLC dan
memberi Taklimat Ringkas seterusnya Merasmikan sesi libat urus ini.
Y.Bhg. Tuan Mohd Najmi Abdul Halim, Penyelia Program Social Synergy Perkeso memberi taklimat, dan pencerahan mengenai peranan Program Social Sinergi & Sahabat Perkeso Prihatin kepada semua perwakilan.
Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI MLC menzahirkan ucapan Penghargaan dan Terima Kasih khususnya kepada Y.Bhg. Tuan Ismail Bin Hashim, Ketua Bahagian Sinergi, Perkeso dan Y.Bhg. Tuan Mohd Najmi Abdul Halim, Penyelia Program Social Sinergi Perkeso serta pegawai-pegawai Perkeso.
Dari reaksi para perwakilan yang hadir di sesi ini menyifatkan sesi libat urus ini sangat berjaya dan memberi kesan positif khusunya penglibatan UNI MLC dengan netizen. Sesi libat urus ini menerima rating 5 Stars dari semua perwakilan yang hadir.
Majlis yang sepatutnya bermula pada jam 10:00 pagi telah dimulakan lebih awal iaitu pada jam 9:30 pagi kerana kesemua 80 orang perwakilan telah berada di Dewan Perkeso 30 minit lebih awal. Presiden UNI MLC mengucapkan TERIMA KASIH dan TAHNIAH kepada semua perwakilan UNI MLC diatas komitmen dan jati diri.