Monday, September 12, 2022

Ucapan Tahniah dan Penghargaan

 


Majlis Anugerah Kesatuan Sekerja Peringkat Negeri Johor 2022 telah diadakan pada 11.09.2022 di Bilik Latihan Oasis Johor Port, Johor Bharu. Majlis ini disempurnakan oleh Y.Brs. Encik Kamal Bin Pardi, Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja, Malaysia dan diselaraskan oleh Y.Bhg. Encik Hasnor Faiz Bin Mohammad Salleh, Pengarah Kesatuan Sekerja, Negeri Johor.

  1. Tuan Haji Suratmin Bin Haji Alwee Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Johor Port Berhad menerima Anugerah Kepimpinan Kesatuan Sekerja Negeri Johor.

  2. Tuan Haji Suratmin Bin Haji Alwee Presiden dan EXCO Kesatuan Pekerja-Pekerja Johor Port Berhad menerima Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang Negeri Johor (Kategori Cawangan).

  3. Sdra. Khairul Nizam Bin Haji Misrap Presiden dan EXCO Kesatuan Eksekutif-Eksekutif Panasonic AVC Network Johor Malaysia Sdn. Bhd. menerima Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang Negeri Johor (Kategori Cawangan).

Turut hadir di Majlis ini YBhg. Tuan Md Derick Bin Basir, Chief Executive Officer Johor Port Berhad, Y.Bhg. Tuan Hermee Tahir Head of Human Resource Johor Port Berhad dan Tuan Haji Mohd Effendy Bin Abdul Ghani, Presiden MTUC. 

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden UNI MLC mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Tuan Haji Suratmin Bin Haji Alwee serta EXCO Kesatuan Pekerja-Pekerja Johor Port Berhad dan Sdra. Khairul Nizam Bin Haji Misrap Presiden serta EXCO Kesatuan Eksekutif-Eksekutif Panasonic AVC Network Johor Malaysia Sdn. Bhd. di atas Penganugerahan ini.

Kesatuan Pekerja-Pekerja Johor Port Berhad dan Kesatuan Eksekutif-Eksekutif Panasonic AVC Network Johor Malaysia Sdn. Bhd. adalah Kesatuan Gabungan UNI MLC dan kami mendoakan Kesatuan-Kesatuan ini akan terus maju jaya.

 

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP