Lawatan Solidariti UNI MLC Ke JHEKS Selangor & Wilayah Persekutuan pada 11.08.2022 di Ibu Pejabat JHEKS Sel & WP, Shah Alam.
Seramai
13 orang Pegawai Kanan UNI MLC bersama 4 orang Secretariat telah
menghadiri Lawatan Solidariti bagi tujuan untuk mengeratkan perhubungan
dan komunikasi di antara UNI MLC & JHEKS Sel & WP.
Pengarah
JHEKS Sel & WP Y.Bhg. Tuan Haji Azzal Bin Abu Talib bersama
pegawai-pegawai JHEKS telah menyambut dan mengalu-alukan kehadiran
pegawai-pegawai dari UNI MLC.
Beberapa
perkara mengenai urus tadbir kesatuan telah dibincangkan bersama
termasuk pelaksanaan Sistem E-TUIS dan semakan kesatuan-kesatuan yang
tidak aktif serta beberapa perkara yang lain.
Rombongan
UNI MLC diketuai oleh Y.Bhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden,
Tuan Haji Zainurin Bin Zainal Abidin, Timbalan Presiden, Tuan Haji Mohd
Effendy Bin Abdul Ghani, Setiausaha Agung dan Sdra.
V.Mathialaghan Bendahari serta beberapa pegawai kanan yang lain.
Datuk
Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI MLC menyifatkan Lawatan
Solidariti ini satu permulaan bagi memecahkan kebuntuan serta mencari
penyelesaian terbaik demi masa depan kesatuan-kesatuan gabungan UNI MLC
ke arah kesejahteraan bersama.