Thursday, July 7, 2022

EKSPO JAMINKERJA KELUARGA MALAYSIA 2022 BERSAMA PERKESO & UNI MLC

 


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO) akan menganjurkan Ekspo Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2022 pada 23 sehingga 27 Julai 2022 di World Trade Centre, Kuala LumpurObjektif utama penganjuran Ekspo ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran 300,000 penempatan pekerjaan pada tahun 2022.

Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (“UNI-MLC”) bersama PERKESO membantu bagi hebahan dan promosi program ini kepada kumpulan sasaran di bawah seliaan organisasi UNI-MLC terutamanya yang sedang mencari pekerjaan. Butiran Ekspo adalah seperti yang berikut:


Tarikh : 23 – 27 Julai 2022 (Sabtu – Rabu)
Masa : 9:00 pagi – 5:00 petang
Tempat : World Trade Centre, Kuala Lumpur
Pautan Pendaftaran: https://careerfair.perkeso.gov.my/

 

 


Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI MLC mengucapkan terima kasih kepada PERKESO kerana sudi bekerjasama dengan UNI MLC.

Ahli-Ahli Gabungan UNI MLC dipohon sebarkan berita ini kepada seluruh ahli-ahli dan keluarga serta sahabat handai yang masih mencari pekerjaan. Ini adalah satu platform dan peluang terbaik bagi menjamin masa depan mereka-mereka yang memerlukan pekerjaan.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP