Tuesday, February 8, 2022

Seminar Kepimpinan dan Smart Partnership anjuran Dua Kesatuan dalam AEON Big (M) Sdn. Bhd.

 




Kesatuan Pengurus-Pengurus AEON Big (M) Sdn. Bhd. dan Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON Big (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama UNI MLC mengelolakan seminar tersebut pada 07.02.2022 dan seramai 40 orang pemimpin dan aktivis telah menyertainya. 

Sdra. Zulkarnain Bin Ariffin, Presiden Kesatuan Pengurus-Pengurus AEON Big (M) Sdn. Bhd. dan Sdri. Afizah Bt Mohd Yusof, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON Big (M) Sdn. Bhd. bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa telah berjaya mengadakan seminar ini atas Visi dan Cabaran Pekerja-Pekerja di AEON Big (M) Sdn. Bhd. 2022 hingga 2025.

Diantara Wakil Pengurusan yang hadir serta berinteraksi dengan peserta seminar adalah:
  1. Y.Bhg. Tuan Shafie Shamsuddin - Chief Executive Officer/Managing Director AEON Group Malaysia. 
  2. Y.Bhg. Tuan Sheikh Farouk Bin Sheikh Mohamed - Head of AEON Big (M) Sdn. Bhd. 
  3. Y.Bhg. Dr. Kasuma Satria - Chief Human Resource Officer AEON Big (M) Sdn. Bhd. 

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI MLC menyifatkan Forum tersebut telah berjaya merapatkan silaturrahim di antara pihak Pengurusan dengan pemimpin-pemimpin Kesatuan AEON Big (M) Sdn. Bhd. serta mewujudkan kefahaman serta perjuangan kedua belah pihak.

Tahniah diucapkan kepada Pengurusan dan Kesatuan kerana telah berjaya memecahkan kebuntuan serta mewujudkan Perhubungan Perusahaan yang baik serta mempraktikkan Smart Partnership.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP