Friday, October 29, 2021

PROGRAM KESEDARAN BERKESATUAN BERSAMA GOLONGAN BELIA DAN WANITA PADA 20.10.2021

 

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor/Wilayah Persekutuan telah mengelolakan Program Kesedaran Berkesatuan  Bersama Golongan Belia dan Wanita Pada 20.10.2021.
Seramai 145 orang peserta dari Kesatuan-Kesatuan Gabungan UNI-MLC telah menyertai Program ini yang bermula jam 9.30 pagi hingga 12.15 tengahari.

Yang Berbahagia Tuan Haji Azzal bin Abu Talib , Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor / Wilayah Persekutuan telah menyampaikan Ucapan serta memberi nasihat-nasihat kepada para peserta seterusnya merasmikan Program ini.

Puan Rohaiza Che Ha'a Penolong Pengarah Kanan Kesatuan Sekerja Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor/ Wilayah Persekutuan  telah menyampaikan ceramah diatas Tajuk Pengenalan JHEKS & Kesatuan Sekerja.

Encik Adem Rono bin Muhamed Sujak , Penolong Pengarah JHEKS Selangor/Wilayah Persekutuan telah menyelaraskan Program ini secara online.(Moderator)

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC telah menyampaikan ceramah atas Tajuk Perkongsian Pengalaman : Faedah-Faedah BerKesatuan.

Bagi pihak UNI-MLC Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, mengucapkan Terima Kasih dan penghargaan kepada Y.Bhg. Tuan Haji Azzal bin Abu Talib , Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor/Wilayah Persekutuan diatas kesudian beliau dan Pegawai-Pegawai JHEKS Selangor/Wilayah Persekutuan mengelolakan Program Pendidikan ini khususnya untuk UNI-MLC.



  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP