PROGRAM PENGURUSAN KESATUAN SIRI 1/2021 : PENGURUSAN KEWANGAN KESATUAN SEKERJA BERSAMA UNI MLC PADA 29.07.2021 SECARA ONLINE
Seramai 68 orang pemimpin-pemimpin Kesatuan Sekerja dari Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan telah menyertai Program Pengurusan Kesatuan Siri 1/2021 : Pengurusan Kewangan Sekerja.
Y.Bhg. Tuan Haji Azzal Bin Abu Talib, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor & Wilayah Persekutuan telah merasmikan program ini.
Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI MLC mengucapkan terima kasih kepada Y.Bhg. Tuan Haji Azzal Bin Abu Talib, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor & Wilayah Persekutuan dan Pegawai-Pegawai daripada JHEKS yang telah sudi mengelolakan program pendidikan bagi Kesatuan-Kesatuan Gabungan UNI MLC bagi Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.