Friday, April 9, 2021

Kunjungan Hormat 9 Orang Bekas Pekerja Proton Edar - Diatas Kemenangan Kes di Mahkamah Perusahaan

9 orang pekerja daripada Proton Edar Ipoh yang telah di buang kerja pada tahun 2015 akhirnya kes mereka MENANG di Mahkamah Perusahaan.


Kesemua mereka yang terlibat telah menerima cek bayaran pampasan daripada peguam yang mewakili mereka di Mahkamah Perusahaan pada pagi ini.

Presiden Sdra. Mohd Sukri Bin Abd Rahman dan Bendahari Sdra. Mohd Wazir Bin Bahaudin dari Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar bersama 8 orang bekas pekerja Proton Edar yang menerima pampasan membuat kunjungan hormat dengan Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI MLC pada 09.04.2021 di pejabat UNI MLC bagi mengucapkan Terima Kasih diatas segala bantuan dan khidmat nasihat semasa kes ini berjalan di Mahkamah Perusahaan.
 
 


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP