Saturday, June 13, 2020

Salam Takziah









Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Adalah dengan   sedihnya di maklumkan bahawa Naib Presiden Union Of Postal Clerical Workers (UPCW) Pos Malaysia Berhad, Sdra. Zailan Aman Shah telah kembali ke rahmahtullah secara mengejut pada 13hb Jun 2020.

Syukur Alhamdulliah semua pemimpin pemimpin UPCW yang di ketuai oleh Sdra Haji Mohd Effendy, Presiden UPCW  telah membantu keluarga allahyarham bagi pengurusan jenazah.

Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi UNI MLC menyampaikan Salam Takziah kepada  seluruh ahli keluarga allahyarham.

Presiden UNI MLC Datuk Mohamed Shafie BP Mammal menyifatkan Allahyarham adalah  seorang pemimpin yang cukup mesra dan disenangi oleh sahabat-sahabat dikalangan UNI MLC. Jasa jasa serta pengorbaan Allahyarham akan tetap dikenang.

Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang  yang beriman.

AL FATIHAH

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP