Perutusan Khas YBhg Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, President UNI-MLC
Salam Sejahtera
Kepada:
Pemimpin Pemimpin
Kesatuan Gabungan
UNI MLC.
Perutusan dari Presiden UNI Malaysia Labour Centre (UNI MLC)
Saya mengambil kesempatan ini mendoakan semoga semua Pemimpin Kesatuan Gabungan UNI MLC dan ahli keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.
Apa yang berlaku sekarang ini merupakan satu ujian kepada semua.
Oleh itu saya merayu kepada semua pemimpin kesatuan serta keluarga sentiasa mematuhi arahan kerajaan khususnya KSM dan Polis demi Kebaikan semua.
Dalam pada itu sila pantau pergerakan anggota anggota ditempat kerja jika ada unsur unsur paksaan dari Majikan, sila ambil tindakan segera dan buat aduan terus kepada Kementerian Sumber Manusia dan salinan aduan kepada UNI MLC.
Sekali lagi saya doakan semoga saudara/ saudari dan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat.
Salam Solidariti
DATUK SHAFIE
Presiden UNI MLC