Mesyuarat Agung Kali Kedua Kesatuan Pekerja-Pekerja ASTRO Productions Sdn. Bhd
Mesyuarat
Agung Kali Kedua Kesatuan Pekerja-Pekerja ASTRO Productions Sdn. Bhd
31.01.2016
Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Seramai 20 orang telah menghadiri mesyuarat
ini. Turut hadir didalam mesyuarat ini adalah Sdra. Mohamed Shafie BP Mammal,
Presiden UNI-MLC, Sdra. Khairuzzaman B. Mohammed, Pengerusi UNI MEI Sektor
Malaysia, Sdra. Sivananthan Pegawai yang di lantik bagi mengendalikan kes
pembuangan kerja pekerja-pekerja ASTRO Productions Sdn. Bhd. dan kes Perjanjian
Bersama Pertama kesatuan.
Di mesyuarat ini Sdra. Omar B. Paiman di
lantik semula sebagai Presiden dan Sdra. Rezal Razali juga dilantik semula
sebagai Setiausaha Kesatuan Pekerja-Pekerja ASTRO Productions Sdn. Bhd.
Sdra. Abdul Halim B. Manan, Presiden dan
Sdra. Samson B. Roslan, Setiausaha dari Kesatuan Eksekutif ASTRO Productions
Sdn. Bhd. turut juga hadir di mesyuarat ini.