Friday, July 12, 2013

PERHIMPUNAN DAN PENYERAHAN MEMORANDUM BANTAHAN - KEPADA YAB DATUK SERI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI, MALAYSIA

PERHIMPUNAN DAN PENYERAHAN MEMORANDUM BANTAHAN MENGENAI PERINTAH UMUR PERSARAAN MINIMUM (PENGECUALIAN) 2013 KEPADA YAB DATUK SERI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI, MALAYSIA



Kepada:
Presiden/Setiausaha Agung UNI-MLC / GLC / Kesatuan Sekerja Malaysia

Saudara-Saudari Yang Dihormati Sekalian & Salam Perjuangan & Salam Solidarity,

Kerajaan telah memberi pengecualian kepada 258 syarikat bagi melanjutkan tarikh kuatkuasa Umur  Persaraan  Wajib  60  Tahun  daripada  01.07.2013  kepada  01.01.2014.  Keputusan  ini  telah di wartakan pada 28.06.2013 sebagai Warta Kerajaan Persekutuan (Federal Government Gazette).

Keputusan tersebut dilihat sebagai keputusan yang tidak adil kerana penangguhan ini tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Tripartite mahupun dengan Kesatuan-Kesatuan Sekerja.

Lanjutan daripada Press Conference yang diadakan pada 08.07.2013, Majlis  Rangkaian  Kesatuan  Sekerja  Antarabangsa  Malaysia  (UNI - Malaysia Labour Centre) (UNI-MLC) yang mewakili 75 buah kesatuan gabungan telah menerima banyak aduan daripada Kesatuan-Kesatuan Sekerja termasuk Kesatuan-Kesatuan dalam syarikat GLC.

Oleh itu UNI-MLC bersama-sama dengan kesatuan-kesatuan lain akan menyampaikan satu Memorandum Bantahan kepada YAB Perdana Menteri, Malaysia pada:

Tarikh             :           17.07.2013 (Rabu)
Masa               :           10:00 Pagi
Tempat           :           Pintu Masuk Utama (PMO),
                                    Pejabat Perdana Menteri, Malaysia, Putrajaya
                                    (Berhimpun di perkarangan tempat letak kereta)

Sebelum penyampaian memorandum kepada wakil Perdana Menteri, Malaysia satu perhimpunan secara aman akan diadakan pada hari, masa dan tempat yang sama.

Mohon kerjasama semua Kesatuan dapat menghantar seberapa ramai orang ke perhimpunan ini kerana kesabaran kesatuan sedang diuji. Oleh itu inilah masanya kita sama-sama bangun dan menunjukkan perpaduan dan menentang tarikh perlanjutan kuatkuasa Umur Persaraan Wajib 60 Tahun.

Sekian dan Salam Hormat

MOHAMED SHAFIE BP MAMMAL
Presiden
Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja
Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP