Berita Terkini - Majlis Pertemuan Bersama Perdana Menteri Malaysia - 09.04.2012
Assalaa mua'laikum wa-Rahmatul-laahi wa-Barakaatuh dan Salam Sejahtera
Saudara/Saudari,
Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji
Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah bersetuju bertemu dengan 10
orang pemimpin dari Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC
& Penswastaan dan Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja
Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) di Bangunan Parlimen dari jam 11:30 Pagi
- 12:15 Tgh.
Isu-isu yang telah dibangkitkan adalah seperti berikut:-
1. Umur Persaraan 60 Tahun
2. Kadar Pencen Yang Rendah
3. Masalah Dalaman Syarikat GLC & Penswastaan
4. Urus Tadbir Dalaman Syarikat GLC & Penswastaan
5. Kemusykilan NUBE dan Maybank
6. MAS dan Air Asia
7. MMC dan KTM
YAB Perdana Menteri, Malaysia juga telah bersetuju untuk menghadiri
Konvensyen Khas di Kuala Lumpur dalam masa terdekat. Tarikh dan tempat
akan dimaklumkan.
Seramai 10 orang pemimpin telah bertemu dengan YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri, Malaysia.
1. Sdra. Mohamed Shafie BP Mammal
2. Sdra. Abu Hussin Bin Nekmat
3. Sdra. Suffian Bin Unoss
4. Sdra. Mohd Roszeli Bin Majid
5. Sdra. Haji Mohd Ibrahim Bin Haji Hamid
6. Sdra. Khairuzzaman Bin Mohammad
7. Sdra. Abdul Razak Bin Md. Hassan
8. Sdra. Mohd Effendy Bin Abdul Ghani
9. Sdra. Alias Bin Aziz
10. Sdra. J.Solomon
Sekian untuk makluman dan perhatian saudara/saudari dalam perkara ini diucapkan terima kasih.
Salam Hormat
MOHAMED SHAFIE BP MAMMAL Presiden
Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja
Dalam Syarikat GLC & Penswastaan
dan
Majlis Perhubungan Rangkaian
Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC)
Bangunan PSM, UNI Global Union-Malaysia
No. 17B, 1st Floor,
Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur
Tel : +603- 2284 1232 / +603- 2284 2232
Fax : +603- 2282 0555
H/P : +6013- 393 0110
Email : unimlc@streamyx.com / bpshafie@tm.net.my / shafie@asetuc.org
Web : www.uni-mlc.blogspot.com