Sunday, April 17, 2011

PRESS RELEASE

17hb. April 2011

Kepada : Semua Editor Media/Stesyen TV

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,


Majlis Eksekutif Bertindak, Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) & Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja & Persatuan Dalam Syarikat GLC MENAFIKAN Terlibat Mesyuarat Dengan Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pemuda UMNO, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Dan Kesatuan-Kesatuan GLC (Petikan Berita Dari Akhbar Sinar Harian (Nasional), Mukasurat N4 Bertarikh 16hb. April 2011)

Majlis Eksekutif Bertindak GLC antara Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) dan Kongres Kesatuan Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC telah wujud 2 tahun yang lalu dengan mempunyai 40 buah Kesatuan & Persatuan termasuk Sabah dan Sarawak, mempunyai 400,000 (Empat Ratus Ribu) ahli . .

Majlis Eksekutif Bertindak ini telah mengadakan Kunjungan Hormat dengan Y.A.B. Perdana Menteri, Malaysia pada 06.01.2009 dan telah menyampaikan Memorandum terus kepada Y.A.B. Perdana Menteri atas pelbagai isu termasuk Umur Persaraan.


Terkini Y.A.B. Perdana Menteri bersetuju untuk hadir dan merasmikan Konvensyen Khas GLC 2011 dalam masa terdekat dan dijangka lebih 500 orang pemimpin-pemimpin dari Kesatuan-Kesatuan Sekerja dan Persatuan GLC akan hadir dalam Konvensyen ini.

Sekretariat Konvensyen GLC ini mengadakan mesyuarat setiap bulan bagi tujuan Persiapan Konvensyen dan Isu-Isu yang akan dibangkitkan secara rasmi dalam Konvensyen ini kelak.

Dengan ini kami MENAFIKAN terlibat dengan mesyuarat yang dianjurkan oleh Sekretariat Pekerja Muda Pemuda UMNO dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan meminta Sekretariat Pekerja Muda Pemuda UMNO dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menghormati adanya satu badan yang telah wujud bagi bertindak mengatasi isu-isu dalam Syarikat GLC.

Sekian dan Salam Hormat






MOHAMED SHAFIE BP MAMMAL

Presiden
Majlis Perhubungan Rangkaian
Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC)
Dan Presiden
Kongres Kesatuan Kesatuan Sekerja
Dalam Syarikat GLC.



  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP