Tuesday, March 23, 2010

KATA-KATA ALUAN DARIPADA PRESIDEN UNI-MLC

Assalaamualaikum wa-Rahmatul-laahi wa-Barakaatuh dan Selamat Sejahtera.

Saya ingin mengucapakan Selamat Datang Ke Konvensyen Perwakilan Dwi Tahunan UNI-MLC Yang Ketiga pada 24hb. Mac 2010 kepada semua Presiden, Setiausaha Agung serta Ahli Majlis Jawatankuasa Tertinggi Kesatuan Gabungan dalam UNI-MLC.

Dalam tempoh dua tahun yang lalu UNI-MLC telah berjaya menjalankan aktiviti-aktiviti UNI sama ada di Peringkat Nasional, Regional atau Antarabangsa. Walaupun dalam waktu tersebut Dunia telah dikejutkan dengan pelbagai ujian seperti Krisis Ekonomi, Isu Global Warming, Isu Peperangan, Malapetaka Gempa Bumi dan banyak lagi perkara yang berlaku dirantau ini.

Walaupun demikian perspektif Kesatuan Sekerja tidak berubah malahan memberi kekuatan dari segi mental dan fizikal, khususnya apabila Kesatuan -Kesatuan Sekerja menghadapi Rundungan Perjanjian Bersama. Kualiti kepimpinan serta toleransi pemimpin-pemimpin Kesatuan yang mempunyai pengalaman luas serta matang telah memberi satu kelebihan kepada pemimpin-pemimpin Kesatuan Sekerja bagi mengatasinya.

Berbalik kepada aktiviti UNI-MLC kita dapat lihat daripada segi organizing telah memberi satu keputusan baik yang mana jumlah keahlian dalam gabungan UNI-MLC hampit-hampir mencecah 60 Kesatuan. Saya kira jumlah ini akan terus meningkat berdasarkan kepercayaan serta keyakinan dalam perjuangan UNI-MLC.

Berbalik kepada tema Persidangan Dunia UNI Global iaitu Breakingthrough di Nagasaki, Jepun dalam tahun 2010, saya menyeru kepada semua Kesatuan-Kesatuan Gabungan supaya tidak melepaskan peluang ini untuk menyertai Persidangan yang berprestij tambahan pula yang menjadi tuan rumah adalah daripada Kawasan Asia. Peranan Pemuda dan Wanita sangat penting ianya pula diberi perhatian kerana peranan Pemuda dan Wanita akan dibincangkan di Persidangan UNI Global di Nagasaki, Jepun.

Akhir sekali saya ingin merakamkan ucapan Terima Kasih kepada semua Kesatuan Gabungan kerana memberi sokongan serta kerjasama yang terbaik kepada UNI-MLC.


"Selamat Bersidang dan Salam Solidarity"



Bro. Mohamed Shafie BP Mammal
Presiden UNI-MLC

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP