JOHOR BAHRU, 29 Oct 2026 - Satu pertemuan strategik telah diadakan di Johor Bahru yang menghimpunkan kepimpinan utama kesatuan pekerja sektor pelabuhan, melibatkan:
YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal (Presiden UNI-MLC)
YM Ungku Mohd Hafiz (Presiden PTPEU)
YBrs. En. Akbar Anuar (Setiausaha Agung PTPEU)
YBrs. Saudara Arshad Ali (Presiden KPPPTP)
Perbincangan ini berfokus kepada usaha berterusan dalam mendepani cabaran serta memastikan kebajikan warga kerja pelabuhan—terutamanya di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)—sentiasa diangkat dan diberi keutamaan.
Keutamaan ini menjadi semakin penting selari dengan pelbagai pencapaian serta rekod cemerlang yang telah dilakar oleh PTP di peringkat antarabangsa, antaranya:
Pencapaian Prestasi & Pengiktirafan Terkini PTP:
Anugerah Operator Pelabuhan Terbaik Asia: PTP baru-baru ini telah dimahkotakan sebagai Best Port Operator di anugerah berprestij Transport Expo Asia (TXA) Awards 2026.
Rekod Pengendalian Kargo: Berjaya mencatatkan rekod luar biasa dengan mengendalikan lebih 14 juta TEU menerusi aliran operasi yang lancar dan cekap.
Pengiktirafan Efisiensi Global: Kekal berada dalam kelompok Top 5 Pelabuhan Kontena Paling Efisien di Dunia mengikut Container Port Performance Index (CPPI) oleh Bank Dunia & S&P Global, serta carta Top 15 Pelabuhan Global (Lloyd’s List).
Pertumbuhan Zon Bebas: Perkembangan pesat Pelepas Free Zone yang terus memacu sektor logistik dan e-dagang serantau.
Inisiatif Hijau & Digitalisasi: Komitmen berterusan ke arah elektrifikasi prime mover, sasaran Net Zero Carbon, serta penggunaan teknologi digital termaju untuk keselamatan dan kecekapan operasi.
Pihak Kesatuan Pekerja sentiasa mengambil berat dan komited untuk terus berbincang bagi mencari mekanisma terbaik demi kesejahteraan pekerja. Kejayaan melakar prestasi bertaraf dunia ini adalah hasil titik peluh dan dedikasi seluruh warga kerja pelabuhan. Kebajikan mereka wajar terus diperkasakan melalui kerjasama harmoni bersama pihak majikan yang didukung oleh kesatuan gabungan di bawah naungan UNI-MLC.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan ditujukan kepada YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, atas kepimpinan, pandangan strategik, serta sokongan padu beliau kepada kesatuan-kesatuan pekerja sektor pelabuhan.
Pertemuan ini diakhiri dengan semangat solidariti yang kukuh. Berteraskan prinsip Smart Partnership (Perkongsian Pintar) bersama pihak majikan dan pemegang taruh, kita yakin keharmonian industri serta kecemerlangan perkhidmatan pelabuhan dapat terus dipertingkatkan demi kebaikan bersama.
Read more...