Wednesday, December 31, 2025

Selamat Tahun Baharu 2026

 



UNI MLC dengan penuh rasa hormat dan kesyukuran ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh ahli-ahli gabungan kesatuan sekerja serta seluruh rakyat Malaysia.

Semoga tahun baharu ini membawa sinar harapan, kesejahteraan, dan kemakmuran yang berterusan kepada negara, khususnya kepada golongan pekerja. UNI MLC berharap agar semangat perpaduan, solidariti, dan kerjasama terus diperkukuh dalam usaha memperjuangkan hak, kebajikan, serta keadilan sosial demi masa depan yang lebih mampan dan inklusif.

Marilah kita melangkah ke tahun 2026 dengan azam dan iltizam yang baharu, bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026.
Semoga kejayaan, keamanan, dan kesejahteraan sentiasa mengiringi kita semua.



Ikhlas daripada

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal
Presiden UNI-MLC


Read more...

Tuesday, December 30, 2025

Aktiviti Akhir Tahun 2025: Temu Bual Bersama Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Sesi temu bual bersama pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah diadakan pada 30 Disember 2025, diketuai oleh Sdri. Intan Nur Nadhirah dan Sdri. Ainul Huda Azmi, bersama Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, secara dalam talian.



Semoga semua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus maju dan cemerlang demi masa depan yang gemilang. Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026.


Assalamualaikum dan salam sejahtera Datuk Mohamed Shafie dan UNI-MLC,

Dengan segala hormatnya, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk atas kesudian meluangkan masa serta memberikan kerjasama yang amat baik dalam sesi temu bual yang telah dijalankan sebentar tadi.

Segala perkongsian maklumat, pandangan dan pengalaman yang disampaikan oleh Datuk berkaitan peranan serta usaha UNI-MLC dalam memperjuangkan kebajikan dan hak pekerja amatlah bermakna dan sangat membantu dalam melengkapkan tugasan akademik kami. 

Kami amat menghargai kesediaan Datuk untuk berkongsi ilmu dan pandangan secara terbuka. Diharapkan segala input yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberi nilai tambah kepada pembelajaran kami. 

Sekali lagi, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk dan pihak UNI-MLC atas masa, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan. Semoga Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan terus berjaya dalam menerajui kepimpinan UNI-MLC.

Sekian, terima kasih. 

Yang benar,

Intan Nur Nadhirah.

Read more...

Thursday, December 25, 2025

Workers Times : Menanti kesinambungan usaha Steven Sim martabat pekerja

 


Read more...

Wednesday, December 24, 2025

Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Cadangan CA kepada Pengurusan Affin Bank Berhad telah diadakan pada 23.12.2025 di Menara Affin Bank, TRX, KL.

 


Satu Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Cadangan CA kepada Pengurusan Affin Bank Berhad telah dianjurkan sebagai platform pertemuan dan perbincangan awal antara pihak Kesatuan Sekerja dan pengurusan Affin Bank Berhad. Majlis ini diadakan dalam suasana mesra dan harmoni bagi mengukuhkan hubungan perhubungan perusahaan serta memupuk semangat saling menghormati antara kedua-dua pihak. Diantara jemputan yang telah hadir pada majlis tersebut adalah:-

Pihak Pengurusan Affin Bank Berhad:

🔸YBrs Dr Mohd Syukri Ahmad Sudari - Head of Group People Office
🔸YBrs Tuan Ahmad Addlan Nabil - Head of Industrial Relation
🔸YBrs Tuan Zainol Bahri Zainal Abiding - IR Officer

Pihak Kesatuan Sekerja ABBOA:

🔸Sdra. Mohamad Faizal Adzimi - President
🔸Sdra. Norkhalid Ahmad Nordin - Naib Presiden
🔸Sdri. Nor Aishah Abdullah - Setiausaha
🔸Sdra. Mohd Farrel Jaar - Penolong Setiausaha
🔸Sdra. Noel Andrew Philips - Bendahari
🔸Sdri. Fauziah Yahya - Ahli Jawatankuasa
🔸Sdra. Muhammad Asyraf - Ahli Jawatankuasa

Tetamu Jemputan dari UNI-MLC:

🔸Datuk Mohamed Shafie BP Mammal – Presiden UNI-MLC
🔸Tuan Haji Ismail Bin Ali - Timbalan Presiden UNI-MLC

Sdra. Mohd Faizal Adzimi, Presiden ABBOA menyerahkan cadangan CA yang baru kepada YBrs Tuan Ahmad Addlan Nabil, Head of Industrial Relation, Affin Bank Berhad dan di saksikan oleh YBrs Dr Mohd Syukri Ahmad Sudari, Head of Group People Office, Affin Bank Berhad dan Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC.











Read more...

Monday, December 22, 2025

SKIM LINDUNG 24 JAM PERKUKUH PERLINDUNGAN SOSIAL PEKERJA, DILULUSKAN DEWAN NEGARA

 

Dewan Negara | 18 Disember 2025

Dewan Negara hari ini meluluskan pelaksanaan Skim Lindung 24 Jam yang memperluas perlindungan keselamatan sosial pekerja tanpa had waktu, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam agenda reformasi buruh negara. Perkara tersebut dibacakan oleh YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, dalam persidangan Dewan Negara.


BEBERAPA orang Pemimpin dari UNI-MLC hadir bersama bagi memberi sokongan kepada YB Dato Sri Ramanan Menteri Sumber Manusia. Tuan Haji Ismail, Sdr Sikindar. Sdr Mathialaghan, Sdr Shaffie Osman, Tuan Haji Nikmatullah, Sdr Lawrence BEN, Datin Faridah dan Sdr Mohd Airy Arin.



Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP