Saturday, November 15, 2025

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA YBRS TUAN HAJI RASDI AHMAD BIN MOHAMAD PRESIDEN UPUS SARAWAK

 


Presiden UNI-MLC Datuk Mohamed Shafie BP Mammal mengucapkan TAHNIAH kepada Tuan Hj Rasdi Ahmad Bin Mohamad, Presiden UPUS Sarawak yang telah dianugerahkan PRESIDENT'S AWARD, EXCELLENT'S EMPLOYEE daripada Malaysian Society For Occupational Safety And Health (MSOSH).

Anugerah telah disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia dan Datuk Wira Ahmad Fakhrul Anuar bin Ismail, Presiden MSOSH bertempat di PICC Putra Jaya pada 13 November 2025


Read more...

Wednesday, November 12, 2025

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN BERSAMA YANG KE 5 BAGI TEMPOH 2023 – 2026 KESATUAN PEKERJA-PEKERJA PELABUHAN TANJUNG PELEPAS (KPPPTP)

 

Pada 11.11.2025, Bertempat di Wisma Budiman Kuala Lumpur, Satu Majlis Menandatangani Perjanian Bersama telah diadakan bagi Kesatuan Pekerja- Pekerja Pelabuhan Tanjung Pelepas (KPPPTP) bersama-sama pihak pengurusan Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd.

Pengurusan PTP di wakili oleh YBhg. Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh - Managing Director MMC & Chairman Pelabuhan Tanjung Pelepas, Tuan Mark Hadirman- CEO Pelabuhan Tanjung Pelepas, Puan Ainul Raihan Ahmad - Head Group MMC Human Capital & Tuan Haji Jaizal Kamar Jalaludin- Head Human Capital Management.

Kesatuan di wakili oleh Sdra Muhammad Azli Saadon- Presiden, Sdra Saharulnizam Sahardeen- Naib Presiden, Sdra Shaifuddin Mansor- Setiausaha, Sdra Arshad Ali- Penolong Setiausaha, Sdra Zaharol Nizam Bahar – Bendahari, Sdra Mazli Ahmad - Penolong Bendahari & Tiga orang AJK- Sdra Aznan Zainal, Sdra Noor Hadi Ismail & Sdra Hanafi Kambali.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden UNI-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) sebagai saksi di majlis menandatangani Perjanjian Bersama ini.

Datuk Shafie menzahirkan ucapan Tahniah kepada Pengurusan PTP dan Kesatuan diatas kejayaan menandatangani perjanjian ini.



Read more...

Tuesday, November 11, 2025

FORUM ON ADDRESSING FORCED LABOUR IN THE PALM OIL & RUBBER GLOVE INDUSTRY IN MALAYSIA

 


Putrajaya | 11 November 2025
Venue : Double Tree Hilton 

Objectives :
__________

📌To share the measures/initiative by the Government in addressing forced labour & human trafficking. 

📌 To strengthen collaboration between relevant Government's agencies & industry players to accelerate the ethical recruitment & labour practice in both sectors.

Opening speech by:

✅Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Secretary General Ministry of Human Resource.

ILO Representative: 

 Madam Diane Respall, International Labour Organization (ILO).

UNIMLC is being lead by: 

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, President UNI-MCL 



Read more...

Thursday, November 6, 2025

Forum Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau OSH Master Plan (OSHMP) “Menelusuri Kejayaan & Hala Tuju OSHMP30” (Simposium OSHMP25, 6 Nov 2025)

 



Satu forum telah berlangsung bagi membincangkan hala tuju serta kejayaan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMP). Pada forum kali ini telah memberikan tumpuan kepada penglibatan antara agensi kerajaan, industri dan pekerja untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di Malaysia.

Objektif utama OSHMP30 adalah
  • Mengukuhkan tadbir urus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)
  • Meningkatkan keupayaan sumber manusia
  • Meningkatkan kesedaran dan budaya OSH dalam semua sektor dan peringkat masyarakat

Selain itu, OSHMP30 juga akan menangani cabaran keselamatan baharu seperti:
  • Teknologi
  • Risiko psikososial
  • Risiko alam sekitar
Program ini juga membincangkan kepentingan meningkatkan kesedaran dan budaya OSH dalam kalangan majikan dan pekerja, merangkumi semua sektor.

Bagi menelusuri kejayaan dan hala tuju pelan ini secara menyeluruh, panel pakar yang dijemput adalah seperti berikut:
  • Tn Haji Anis Fahmy bin Pauzi / MEF Sr Consultant (Wakil Majikan): Malaysia Employers Federation (MEF)
  • Datuk Mohamed Shafie BP Mammal / Presiden (Wakil Pekerja): Union Network International - Malaysian Liaison Council
  • (UNI-MLC)
  • Ir. Ahmad Jailani bin Mansor (Wakil Kerajaan): Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)



Read more...

Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif ke-3 diantara Kesatuan Eksekutif RHB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad

 


Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif ke-3 diantara Kesatuan Eksekutif RHB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad
Tarikh: 5 November 2025
Tempat: RHB Centre, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Majlis tertutup

Majlis menandatangani Perjanjian Kolektif (PK) ke-3 antara Kesatuan Eksekutif RHB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad telah berlangsung dengan jayanya pada 5 November 2025 bertempat di RHB Centre, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Majlis bersejarah ini diadakan bagi memperbaharui komitmen kedua-dua pihak dalam memastikan kebajikan, hak serta kepentingan warga kerja eksekutif RHB terus terpelihara seiring dengan matlamat pertumbuhan dan kemampanan organisasi.

Majlis turut dihadiri oleh tetamu kehormat berikut:

• Tan Sri Ahmad Badri Bin Mohd Zahir, Pengerusi RHB Bank Berhad
• Dato’ Mohd Rashid Bin Mohamad, Group Managing Director, RHB Bank Berhad
•Tuan Aminuddin Ab. Rahaman, Ketua Pengarah, Jabatan Perhubungan Perusahaan
• Datuk Mohammed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC

Kehadiran tokoh-tokoh penting ini mencerminkan sokongan padu terhadap hubungan perindustrian yang harmoni serta kerjasama strategik antara pihak pengurusan dan kesatuan.

Penandatanganan Perjanjian Kolektif ke-3 ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan hubungan dua hala yang produktif, berteraskan semangat saling menghormati dan muafakat demi kesejahteraan bersama warga kerja dan kemajuan organisasi.

Sekali lagi terima kasih kepada Datuk kerana sudi hadir pada majlis yang bersejarah ini.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP