Friday, September 11, 2026

KONVENSYEN KESATUAN SEKERJA 2026

 Ke Arah Kesatuan Sekerja yang Progresif, Berintegriti dan Dinamik: Mendepani Transformasi Teknologi serta Evolusi Alam Pekerjaan Masa Kini





Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia. Program ini memberi fokus kepada usaha memperkasakan kesatuan sekerja sebagai sebuah institusi yang progresif, berintegriti dan berdaya tahan dalam menghadapi perubahan landskap pekerjaan, selaras dengan perkembangan teknologi digital serta keperluan tenaga kerja moden menjelang tahun 2030.

Program dimulakan dengan ucaptama bertajuk “Membina Kesatuan Sekerja yang Progresif, Berintegriti dan Dinamik” yang disampaikan oleh Prof. Emerita Dr. Durrishah Idrus. Sesi ini menekankan kepentingan peranan strategik kesatuan sekerja dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan profesionalisme serta memastikan kesatuan kekal relevan dalam era globalisasi.

Seterusnya, taklimat PERKESO bertajuk “Memperkasa Perlindungan Sosial dan Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kurang Upaya (OKU)” oleh Tuan Mohd Sazuan Abdul Hadi memberi pendedahan mengenai usaha memperluaskan perlindungan sosial serta mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih inklusif dan mampan.

Sesi “Tadbir Urus Berintegriti: Memperkukuh Kredibiliti dan Kepercayaan terhadap Kesatuan Sekerja” yang disampaikan oleh Tuan Mohd Safuan Alias menekankan kepentingan integriti, akauntabiliti dan amalan pengurusan terbaik bagi meningkatkan keyakinan ahli serta pihak berkepentingan.

Dalam menghadapi perkembangan teknologi, sesi “Transformasi Digital: Kesatuan Sekerja Mendepani Perubahan Teknologi” oleh Sdr. Aminuddin bin Awang, Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Malaysia (NUTP) membincangkan kepentingan adaptasi digital dalam pengurusan kesatuan, komunikasi serta penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap.

Program turut menampilkan Forum 2030: “Kesatuan Sekerja Masa Hadapan: Cabaran, Peluang dan Hala Tuju Strategik Menjelang 2030” bersama Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC yang membincangkan cabaran dunia pekerjaan masa hadapan serta strategi memperkukuh peranan kesatuan sekerja dalam menghadapi perubahan ekonomi dan teknologi.

Secara keseluruhannya, program ini menjadi platform strategik dalam memperkukuh peranan kesatuan sekerja sebagai organisasi yang berintegriti, inovatif dan responsif terhadap perubahan semasa. Melalui pemerkasaan tadbir urus, pendigitalan serta pembangunan tenaga kerja inklusif, kesatuan sekerja diyakini mampu terus menyumbang kepada pembentukan ekosistem pekerjaan yang lebih progresif, berdaya saing dan mampan menjelang tahun 2030.

Rumusan penutup telah disampaikan oleh Dr. Ab Razak Othman daripada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).

Read more...

Tuesday, September 8, 2026

KUNJUNGAN SOLIDARITI KESATUAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD (AGROBANK) KE UNI-MLC

 


8 September 2026

Pada hari ini, Kesatuan Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) telah mengadakan kunjungan solidariti ke UNI-MLC bagi mendapatkan pandangan, nasihat serta panduan berhubung isu Pelarasan Collective Agreement (CA) 2025–2027, khususnya melibatkan pelarasan gaji sebanyak 6% berserta bayaran tunggakan yang tidak mendapat kelulusan tidak dipertimbangkan daripada pihak Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Kunjungan tersebut telah diwakili oleh:


Presiden Kesatuan Eksekutif Bank Pertanian Malaysia Berhad

Setiausaha Kesatuan Eksekutif Bank Pertanian Malaysia Berhad
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Pertanian Malaysia Berhad
Setiausaha Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Pertanian Malaysia Berhad

Dalam pertemuan tersebut, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, telah memberikan pandangan, nasihat serta cadangan berhubung tindakan yang wajar diambil oleh pihak Kesatuan bagi membantu menyelesaikan isu ini secara berkesan.


Kesatuan amat menghargai segala pandangan dan nasihat yang telah diberikan. Semoga hasil perbincangan serta tindakan susulan yang akan dilaksanakan dapat membuka ruang kepada penyelesaian yang positif dan adil demi kebajikan serta kepentingan seluruh ahli Kesatuan.


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Datuk Mohamed Shafie BP Mammal atas segala bantuan, pandangan, nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan.


Hidup UNI-MLC!

UNI-MLC Terbaik!
Solidariti, Kesatuan dan Perjuangan!

Read more...

KUNJUNGAN SOLIDARITI KEHLEB KE UNI-MLC

 


Kunjungan Solidariti Kesatuan Eksekutif Hong Leong Bank (KEHLEB) ke pejabat UNI-MLC pada 8 September 2026 telah diadakan bagi membincangkan persiapan dan hala tuju dalam penyediaan Perjanjian Bersama (Collective Agreement – CA).
KEHLEB telah diwakili oleh:

Suadara James Mailvaganam – Naib Presiden KEHLEB

Dalam pertemuan tersebut, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, telah memberikan pandangan, tunjuk ajar serta cadangan yang amat bermakna kepada pihak kesatuan dalam mempersiapkan Perjanjian Bersama ini.

Alhamdulillah, berkat bimbingan dan tunjuk ajar Datuk, KEHLEB dengan penuh kesyukuran telah berjaya menyiapkan Perjanjian Bersama (CA) pada hari ini.
Insya-Allah, KEHLEB dijangka akan menyerahkan Perjanjian Bersama tersebut kepada pihak Majikan pada esok hari untuk tindakan selanjutnya.

Sesungguhnya, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Datuk Mohamed Shafie BP Mammal atas segala pandangan, bimbingan dan sokongan yang telah diberikan dalam membantu merealisasikan impian serta aspirasi KEHLEB.

Semoga usaha ini menjadi satu lagi langkah penting dalam memperkukuhkan perjuangan dan kebajikan anggota KEHLEB.

Hidup UNI-MLC!
UNI-MLC Terbaik!
Solidariti, Kesatuan dan Perjuangan!

Read more...

Kunjungan Solidariti KPPPTP ke Pejabat UNI-MLC bagi Memperkasa Persediaan Perjanjian Bersama 2026

 


Kunjungan Solidariti Kesatuan Pekerja-Pekerja PelabuhanTanjungPelepas (KPPPTP) ke pejabat UNI-MLC pada 7.9.2026 bagi tujuan membincangkan Hala Tuju dan Persiapan Perjanjian Bersama.
 
10 orang mewakili KPPPTP hadir bertemu YBhg Datuk Shafie, terdiri daripada :

1. Sdra Muhammad Azli Shah - Presiden

2. Sdra Saharulnizam - Naib Presiden
3. Sdra Hanafi Kambali - Setiausaha
4. Sdra Arshad Ali - Pen.Setiausaha
5. Sdra Azri Kosan - Bendnahari
6. Sdra Noor Hadi - Pen.Bendahari
7. Sdra Aznan - AJK
8. Sdra Mazli - AJK
9. Sdra Ismadi - AJk
10. Sdra Zaiful - AJk

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC telah memberi pandangan dan cadangan kepada kesatuan dalam menyediakan Perjanjian Bersama ini. Alhamdulillah syukur, berkat Brain Storming bersama YBhg Datuk, kami semua dapat ilmu dalam menyiapkan draf Perjanjian Bersama.


Sesunguhnya kami merakamkan jutaan terima kasih kepada YBhg Datuk.


#Hidup
UNI MLC

#UNI MLC terbaik
#UNI POWERRR



Read more...

Friday, September 4, 2026

MMTV Utusan Malaysia - Lindung 24 Jam perlu ditambah baik, bukan dimansuhkan MMTV Utusan Malaysia - Lindung 24 Jam perlu ditambah baik, bukan dimansuhkan

 


Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP