Sunday, April 27, 2025

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KE-8 PERSATUAN PESARA POS MALAYSIA TELAH DIADAKAN PADA 27.4.2025 DI DEWAN SERI MERPATI POSCODE BANGI.

 


Seramai 150 orang telah hadir pada mesyuarat kali ini.

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden UNI-MLC diberi penghormatan merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pesara POS Malaysia kali ke-8.

Ybrs Tuan Hj Zakariah bin Md. Sam selaku Pengerusi Persatuan POS Malaysia menyampaikan ucapan aluan dan ucapan selamat datang.

Majlis turut dihadiri Tuan Hj Md Jaya bin Md Din Setiausaha Persatuan Pesara POS Malaysia.


Pertemuan Solidariti Kesatuan Eksekutif Proton Edar ke UNI-MLC

 



Pertemuan Solidariti diantara Kesatuan Eksekutif Proton Edar bersama Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden UNI-MLC telah diadakan pada 25.4.2025 di pejabat UNI-MLC

Sdr Shukor bin Othman Presiden Kesatuan mengetuai delegasi dari Kesatuan Eksekutif Proton Edar.

Pertemuan Solidariti Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) ke UNI-MLC

 


Pertemuan Solidariti bersama 4 orang pegawai kanan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) telah diadakan pada 25.4.2025 di pejabat UNI-MLC.

Sdr Low Boon Tat Presiden, mengetuai delegasi dari NUJ berkongsi mengenai hala tuju & cabaran kesatuan bersama Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden UNI-MLC.


Friday, April 25, 2025

Signing of the Collective Agreement between Kesatuan Pekerja-Pekerja Hengyuan Refining Company Berhad and Hengyuan Refining Company Berhad

 



Wakil Management:

Lee Wai Loong - HR Manager
Gou Peng - Benefit Manager
Suhaimi Sahar - ER/IR Sr Exec
Muhammad Zulfadlee - MEF

Wakil Kesatuan

Mohd Faizal Ismail - Presiden
Muhammad Adam Ananthan bin Abdullah - N. Presiden
Mohd Asraf Mohd Saad - Setiausaha
Meor Muazzim Mohd Ariff - P. Setiausaha
Salleheen Jamal - Bendahari
Syukur Aminin Ariffin - P. Bendahari.


Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden UNI-MLC ucap Tahniah kepada Pengurusan Dan Pemimpin Pemimpin Kesatuan diatas kejayaan ini.

Datuk Mohamed Shafie juga rakamkan ucapan Terima kasih kepada Encik Zul Thye yang sentiasa memainkan peranan bagi muktamatkan perjanjian ini.



Wednesday, April 23, 2025

Mesyuarat Solidariti antara Kesatuan Eksekutif AM Bank (M) Berhad (KEAM) bersama Datuk Presiden UNI-MLC

 


Mesyuarat Solidariti antara Kesatuan Eksekutif AM Bank (M) Berhad (KEAM) dan UNI-MLC telah diadakan pada 23.4.2025 di pejabat UNI-MLC.

KEAM diwakili oleh 8 orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi di ketuai oleh Sdra. Hasman Hashim dan Setiausaha Sdra. Muhamad Ridzuan Bin Muhamad Radzi manakala UNI-MLC diwakili oleh Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden.

Mesyuarat selama 3 jam telah memberi ruang dan peluang bagi membincangkan pelan strategi penyediaan serta hujah-hujah bagi Perjanjian Bersama Ke 2 KEAM dan AM Bank (M) Berhad bagi tempoh 2025 – 2028.



Perjumpaan Solidariti Pemimpin Pemimpin Kesatuan PERSTIMA bersama Datuk Presiden UNI-MLC




Perjumpaan Solidariti diantara Pemimpin Pemimpin Kesatuan PERSTIMA dari Johor telah diadakan pada 22.4.2025 bersama Datuk Mohamed Shafie BP Mammal bagi membincangkan ISU perjanjian bersama (CA).

Wakil Kesatuan PERSTIMA yang hadir ialah.

1) Sdr. Mohd Rizal Bin Haris (Presiden)

2) Sdr. Azhar Bin Aziz (Setiausaha)

3) Sdr. Ahmad Zailani Bin Mat Repar (Bendahari)

4) Sdr. Mohd Azli Bin M.Lizan (Penolong Bendahari)



  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP