GLOBAL SKILLS FORUM 2025 DIRASMIKAN TIMBALAN PERDANA MENTERI – MALAYSIA TERUS PENERAJU TENAGA KERJA MASA HADAPAN
Kuala Lumpur | 22 Oktober 2025
Malaysia melakar sejarah apabila menjadi tuan rumah Global Skills Forum (GSF) 2025, yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Forum ini diadakan sempena ASEAN Year of Skills 2025 dengan ucapan aluan oleh YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia.
GSF 2025 menghimpunkan pemimpin global, pembuat dasar, majikan dan pakar industri bagi membincangkan masa depan kemahiran sejagat, sejajar dengan hasrat Malaysia MADANI untuk membina tenaga kerja inklusif, berdaya saing dan berteraskan nilai kemanusiaan.
Dalam ucapan perasmian, Timbalan Perdana Menteri menegaskan keperluan tindakan kolektif menghadapi perubahan teknologi, peralihan hijau dan demografi dunia. Malaysia komited menjadi peneraju serantau melalui KESUMA dan HRD Corp, menjadikan pembangunan kemahiran asas kemajuan dan keadilan sosial.
Beliau turut menekankan peranan sektor swasta sebagai rakan strategik kerajaan dalam membentuk ekosistem latihan yang berasaskan keperluan industri serta memperluas program peningkatan dan penyesuaian semula kemahiran, termasuk dalam bidang AI, ekonomi hijau dan digital.
YB Menteri Sumber Manusia pula menegaskan bahawa GSF 2025 melambangkan komitmen Malaysia memperkukuh jaringan global, menghubungkan bakat, pengetahuan dan inovasi ke arah tenaga kerja masa depan yang berdaya tahan dan sejahtera.
Forum ini turut menyaksikan pengumuman ASEAN Joint Statement on Skills Development for the Future Workforce, yang menegaskan kerjasama serantau memperkasa kemahiran digital, hijau dan mobiliti tenaga kerja rentas sempadan — selaras dengan teras Malaysia MADANI berasaskan Kesejahteraan, Keadilan dan Ihsan.

Read more...