Saturday, November 30, 2024

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Kesatuan Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd Bagi Tempoh 2024-2027

 


Mesyuarat telah diadakan pada 30.11.2024 jam 9.00 pagi di Proton Edar COE, Subang Jaya . Seramai 7 orang menyertai mesyuarat ini secara fizikal dan 13 orang secara online.

Presiden UNI-MLC Datuk Mohamed Shafie BP Mammal menzahirkan ucapan penghargaan dan SYABAS kepada semua Ahli Jawatankuasa Penaja diatas usaha gigih sehingga kesatuan ini didaftarkan.

Sdr Shukur Othman Presiden Penaja dan Sdri Zuhana Jalil SETIAUSAHA Penaja telah berkerja keras bagi merealasasikan impian ini.

TAHNIAH, teruskan Perjuangan.

UNION POWER dengan kata kata ini Datuk Mohamed Shafie merasmikan Mesyuarat Agung ini.


Read more...

KURSUS PERJANJIAN BERSAMA & SIASATAN DALAMAN ANJURAN KESATUAN KAKITANGAN EKSEKUTIF INDUSTRI MINUMAN (BIEU) DIADAKAN DARI 29hb NOV -1hb DEC 2024 DI HOTEL SERI MALAYSIA PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN.


Seramai 30 Orang Pemimpin & Aktivis Dari Kesatuan BIEU Menyertai Program Ini Bersama Sdr Kamarulzaman Sanusi-Presiden, Sdr Fuzailan Ehsan Timbalan Presiden, Sdr Rajamorganan Narunan Setiausaha Agung, Sdr Rohimi Shoib Timbalan Setiausaha Agung Dan Sdr Sarawana Subramaniam.

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden UNI-MLC Diberi.Penghormatan Merasmikan Kursus Ini Pada 29.Nov 2024 .

Datuk Mohamed Shafie Menzahirkan Ucapan Tahniah Dan Syabas Kepada Kemimpinan BIEU Diatas Usaha Menganjurkan Program Pendidikan Ini.

UNION POWER
💪💪💪



Read more...

Friday, November 29, 2024

PROGRAM LAWATAN KERJA YB MENTERI SUMBER MANUSIA KE KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (RUM)

 



Brickfields, Kuala Lumpur | Selasa 26 November 2024

YB Menteri Sumber Manusia, Encik Steven Sim Chee Keong, telah mengadakan lawatan kerja ke Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) di Pejabat RUM, Brickfields, Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan antara kementerian dan kesatuan serta memahami isu-isu yang dihadapi oleh pekerja dalam sektor perkhidmatan rel.

Semasa lawatan, YB Menteri berdialog bersama wakil kesatuan dan ahli RUM mengenai kebajikan pekerja, syarat kerja, dan inisiatif latihan kemahiran untuk meningkatkan kecekapan tenaga kerja. Beliau turut memberi jaminan komitmen kementerian dalam menyokong usaha kesatuan untuk menjaga hak pekerja dan memajukan sektor perkhidmatan awam rel.

Program ini mencerminkan usaha berterusan Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan kebajikan pekerja sentiasa menjadi keutamaan, sekaligus menyumbang kepada kemajuan sektor pengangkutan negara.

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden UNI-MLC menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YB Menteri KESUMA kerana sudi turun padang bertemu dengan Kesatuan RUM.



Read more...

PROGRAM LAWATAN KERJA YB MENTERI SUMBER MANUSIA KE ALL MALAYAN ESTATES STAFF UNION (AMESU)

 



Subang Jaya, Selangor | Selasa 19 November 2024

YB Menteri Sumber Manusia telah mengadakan lawatan kerja ke All Malayan Estates Staff Union (AMESU) di Pejabat All Malayan Estates Staff Union (AMESU), Subang Jaya, Selangor. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara kementerian dan kesatuan sekerja, serta mendengar pandangan dan cadangan daripada wakil kesatuan berkaitan kebajikan dan hak pekerja dalam sektor perladangan.

Dalam sesi perbincangan bersama wakil AMESU, YB Menteri menekankan komitmen kerajaan untuk memastikan perlindungan pekerja, memperbaiki syarat kerja, dan menyokong peranan kesatuan sekerja dalam memperjuangkan hak tenaga kerja. Selain itu, isu-isu penting seperti latihan kemahiran, pengukuhan kepimpinan kesatuan, dan strategi bagi meningkatkan produktiviti turut dibincangkan.

Lawatan ini mencerminkan usaha berterusan kementerian untuk memastikan hak pekerja dalam sektor perladangan dilindungi, serta menggalakkan kerjasama strategik antara kesatuan dan kerajaan dalam membangunkan sektor tenaga kerja yang lebih inklusif dan progresif.

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden UNI-MLC menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YB Tuan Steven Sim Menteri KESUMA kerana sudi bertemu dengan Kesatuan AMESU.

Read more...

Wednesday, November 27, 2024

PROGRAM LAWATAN KERJA YB MENTERI SUMBER MANUSIA KE KESATUAN PEKERJA-PEKERJA GENTING MALAYSIA BERHAD DAN KESATUAN EKSEKUTIF GENTING MALAYSIA BERHAD

 Genting Highlands, Pahang | Jumaat 15 November 2024



YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia telah mengadakan lawatan kerja ke Kesatuan Pekerja-Pekerja Genting Malaysia Berhad dan Kesatuan Eksekutif Genting Malaysia Berhad untuk berdialog bersama ahli kesatuan dan memahami isu-isu yang dihadapi oleh pekerja di Genting Malaysia Berhad. Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan antara kementerian dan kesatuan dalam usaha memperjuangkan kebajikan pekerja.

Sepanjang lawatan, YB Menteri berbincang dengan wakil kesatuan mengenai keadaan kerja, hak pekerja, dan cabaran yang dihadapi oleh ahli kesatuan dalam sektor ini. Beliau juga menekankan pentingnya kerjasama erat antara majikan, pekerja, dan pihak kesatuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, adil, dan kondusif.

Lawatan ini mencerminkan komitmen Kementerian Sumber Manusia dalam memastikan kebajikan pekerja sentiasa terpelihara dan memberi sokongan kepada kesatuan dalam mencapai matlamat bersama bagi kesejahteraan tenaga kerja di Malaysia.

Hadir bersama dari Kesatuan Pekerja - Pekerja Genting Malaysia Berhad.
~Sdra. Sikindar - Presiden
~Sdra. Lawrance simon (Ben) Setiausaha Agung
~Serta Ahli Majlis Jawatan Kuasa Kerja.

Dari Kesatuan Eksekutif Genting Malaysia Berhad.
~Sdra. Nid Nuam - Presiden
~Sdra. Alfred Iruthiarajoo - Setiausaha Agung
~Serta Ahli Exco.

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden UNI-MLC menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YB Tuan Steven Sim Menteri KESUMA kerana sudi bertemu dengan Kesatuan.
(Turun padang)

Read more...

Tuesday, November 26, 2024

Sinar Harian : KKM, JPA digesa gugur pelaksanaan waktu kerja 45 jam - UNI-MLC

 

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/698842/berita/nasional/kkm-jpa-digesa-gugur-pelaksanaan-waktu-kerja-45-jam---uni-mlc

Read more...

Berita Harian : Lanjutan tempoh kerja bertentangan dengan hasrat kerajaan

 


Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1329197/lanjutan-tempoh-kerja-bertentangan-dengan-hasrat-kerajaan

Read more...

Workers Times : UNI-MLC: Mansuh segera kerja lebih 3 jam di sektor awam, langkah terkebelakang

 



Sumber : https://www.workerstimes.com/uni-mlc-mansuh-segera-kerja-lebih-3-jam-di-sektor-awam-langkah-terkebelakang/

Read more...

6th UNI APRO Regional Conference

 


Read more...

KENYATAAN MEDIA - KERAJAAN HARUS BATAL DAN GUGUR KEPUTUSAN TAMBAH WAKTU KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM DENGAN SEGERA, DAN PERLU TAMBAH BAIK HAK DAN KEBAJIKAN KESEMUA PEKERJA DI MALAYSIA

 


Read more...

Friday, November 15, 2024

MAJLIS PERHIMPUNAN KESATUAN SEKERJA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024


On 14 November 2024, the Ministry of Human Resources (KESUMA) together with the Department of Trade Union Affairs (JHEKS) organized the 2024 National Trade Union Assembly Council in recognition of the role of trade unions in Malaysia. This event gives appreciation to unions and union figures who have fought for the rights and welfare of workers in this country.

In this ceremony, YB Steven Sim Chee Keong, Minister of Human Resources, Malaysia also presented awards to five recipients of the 2024 Trade Union Award, including UNI Malaysia Labor Center (UNI-MLC) President Datuk Mohamed Shafie BP Mammal who received the Special Award from the Minister of Human Resources, Malaysia.


Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP