Thursday, October 31, 2024

Happy Deepavali!

 


May this Deepavali remind us to strengthen unity, deepen our respect for one another, and renew our commitment to bring the country towards a brighter future

Read more...

KARNIVAL JELAJAH MADANI 2024 ZON TIMUR

 


Kesatuan Pekerja-Pekerja Genting Malaysia Bhd menyertai Karnival Jelajah Madani (KJM) Zon Timur pada 25 October 2024 hingga 27 October 2024.

Sdra Sikindar Presiden, Sdra Mohd Isa Timb Presiden dan Sdra Ben setiausaha mengetuai Kesatuan Genting.

JHEKS Pahang, Kelantan dan Terengganu berjaya menganjurkan program kebajikan di perkarangan Stesen KTMB Kuala Lipis Pahang dan Rumah Kebajikan Anak Yatim Dhuafa Al Husna, Tumpat, Kelantan. Program kebajikan ini disertai seramai 140 peserta dari Kesatuan Sekerja Zon Timur.

Presiden UNI MLC Datuk Mohamed Shafie menzahirkan ucapan Tahniah kepada Kesatuan dan kepimpinan diatas usaha murni ini.



Read more...

Sunday, October 20, 2024

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) ANJURAN BERSAMA JHEKS SARAWAK DAN GABUNGAN UNI MLC SARAWAK telah diadakan di TAMAN SERI PUTERI, TELAGA AIR KUCHING pada hari ini, 19 OKTOBER 2024.

 


Program CSR ini diadakan bertujuan untuk memberikan bantuan dan sumbangan kepada Taman Seri Puteri, Telaga Air, Kuching yang terletak di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak. Ianya berperanan membantu golongan anak-anak gadis yang terdedah kepada bahaya moral dan memerlukan perlindungan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab, Ketua Pengarah JHEKS. Selain itu, program ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Presiden UNI MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal yang turut memberikan ucapan bagi mewakili pihak UNI MLC.

Dianggarkan seramai 200 orang telah menghadiri aktivi ini yang terdiri daripada JHEKS Sarawak, penghuni Taman Seri Puteri dan kesatuan-kesatuan yang bergabung dengan UNI MLC di Sarawak.

Kesatuan-kesatuan yang terlibat adalah Kesatuan Pekerja Telekom Malaysia Sarawak, Kesatuan Pekerja-Pekerja LHDNM Sarawak, Kesatuan Kakitangan Perkeso Sarawak, Kesatuan Anggota Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Sarawak, Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Negeri Sarawak, Kuching Port Employees' Union, Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Pertanian Malaysia Berhad Negeri Sarawak dan Kesatuan Kakitangan Perkeranian Pos Malaysia Berhad Sarawak.

Datuk Mohamed Shafie menzahirkan ucapan Terima kasih & Penghargaan kepada Puan Dorrhea Anak Chuat Pengarah JHEKS Sarawak dan Pegawai pegawainya serta semua Kesatuan yang menjayakan Program ini.



Read more...

Malaysia Gazette : Kenaikan gaji minimum baiki taraf hidup rakyat

 


Read more...

The Sun : UNI-MLC welcomes minimum wage rise to RM1,700, calls for stricter enforcement

 


Read more...

Sinar Harian : Gaji minimum RM1,700 perlu disambut majikan - UNI-MLC

 


Read more...

Workers Times : UNI-MLC: Pindaan Akta Ordinan Buruh Sabah hadiah untuk pekerja

     


Read more...

Saturday, October 19, 2024

Malaysia Gazette : UNI-MLC harap Pindaan RUU Akta Ordinan Buruh Sabah dikuatkuasakan segera

 


Read more...

UNI- Malaysia Labour Centre menyokong kenaikkan Gaji Minima.

 


Datuk Mohamed Shafie BP Mammal (Presiden UNI-MLC)

Read more...

Wednesday, October 16, 2024

Seminar Anjuran UPCW Cawangan Melaka Bersama JHEKS Melaka

 


Seramai 60 Orang Pemimpin & Aktivis Wanita Dari Kesatuan UPCW Telah Menghadiri Seminar Anjuran UPCW Cawangan Melaka Bersama JHEKS Melaka Pada 16.10.2024 di Hotel Kobemas Melaka.

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden UNI-MLC diundang Untuk Menyampaikan Ceramah bertajuk "Peranan Wanita Dalam Kesatuan Sekerja"

Turut Hadir dari UPCW adalah

Tuan Haji Mohd Effendy Presiden UPCW

Tuan Haji Muhammad Nizam Setiausaha Agung UPCW,

Sdri Noor Fazlina Bendahari UPCW

Tn Haji Mohd Amin Bina Berahim Pengerusi Melaka

Tn, Haji Ahmad Fairuz Bin Salehudin Naib Pengerusi Melaka

Tn Haji Rasul Bin Kamarudin Setiausaha


Read more...

Tuesday, October 15, 2024

DEWAN RAKYAT LULUS RANG UNDANG-UNDANG ORDINAN BURUH SABAH (PINDAAN) 2024

 



SERAMAI 13 ORANG PEMIMPIN DARI UNI-MLC TELAH MENGHADIRI SESI PEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG ORDINAN BURUH SABAH (PINDAAN) 2024 OLEH YB TUAN STEVEN SIM MENTERI KESUMA PADA 14.10.2024.


Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP