Seramai 80 orang pemimpin dari Kesatuan
Gabungan UNI MLC telah menghadiri Sesi Libat Urus bersama UNI-MLC berkenaan
Program Social Synergy & Sahabat Perkeso Prihatin telah diadakan pada 25
Oktober 2022 Dewan Kenanga, Tingkat 18, Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak, Kuala
Lumpur.
Y.Bhg. Tuan Ismail Abi Hashim, Ketua
Bahagian Sinergi, Perkeso mengalu-alukan kehadiran perwakilan UNI MLC dan
memberi Taklimat Ringkas seterusnya Merasmikan sesi libat urus ini.
Y.Bhg. Tuan Mohd Najmi Abdul Halim,
Penyelia Program Social Synergy Perkeso memberi taklimat, dan pencerahan
mengenai peranan Program Social Sinergi & Sahabat Perkeso Prihatin kepada
semua perwakilan.
Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden
UNI MLC menzahirkan ucapan Penghargaan dan Terima Kasih khususnya kepada Y.Bhg.
Tuan Ismail Bin Hashim, Ketua Bahagian Sinergi, Perkeso dan Y.Bhg. Tuan Mohd
Najmi Abdul Halim, Penyelia Program Social Sinergi Perkeso serta
pegawai-pegawai Perkeso.
Dari reaksi para perwakilan yang hadir
di sesi ini menyifatkan sesi libat urus ini sangat berjaya dan memberi kesan
positif khusunya penglibatan UNI MLC dengan netizen. Sesi libat urus ini
menerima rating 5 Stars dari semua perwakilan yang hadir.
Majlis yang sepatutnya bermula pada jam
10:00 pagi telah dimulakan lebih awal iaitu pada jam 9:30 pagi kerana kesemua
80 orang perwakilan telah berada di Dewan Perkeso 30 minit lebih awal. Presiden
UNI MLC mengucapkan TERIMA KASIH dan TAHNIAH kepada semua perwakilan UNI MLC
diatas komitmen dan jati diri.
Read more...