Majlis
Anugerah Kesatuan Sekerja Peringkat Negeri Johor 2022 telah diadakan pada
11.09.2022 di Bilik Latihan Oasis Johor Port, Johor Bharu. Majlis ini
disempurnakan oleh Y.Brs. Encik Kamal Bin Pardi, Ketua Pengarah Kesatuan
Sekerja, Malaysia dan diselaraskan oleh Y.Bhg. Encik Hasnor Faiz Bin Mohammad
Salleh, Pengarah Kesatuan Sekerja, Negeri Johor.
- Tuan Haji Suratmin Bin Haji Alwee Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Johor Port
Berhad menerima Anugerah Kepimpinan Kesatuan Sekerja Negeri Johor.
- Tuan Haji Suratmin Bin Haji Alwee Presiden dan EXCO Kesatuan Pekerja-Pekerja
Johor Port Berhad menerima Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang Negeri Johor
(Kategori Cawangan).
- Sdra. Khairul Nizam Bin Haji Misrap Presiden dan EXCO Kesatuan
Eksekutif-Eksekutif Panasonic AVC Network Johor Malaysia Sdn. Bhd. menerima
Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang Negeri Johor (Kategori Cawangan).
Turut
hadir di Majlis ini YBhg. Tuan Md Derick Bin Basir, Chief Executive Officer
Johor Port Berhad, Y.Bhg. Tuan Hermee Tahir Head of Human Resource Johor Port
Berhad dan Tuan Haji Mohd Effendy Bin Abdul Ghani, Presiden MTUC.
Datuk
Mohamed Shafie BP Mammal Presiden UNI MLC mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada
Tuan Haji Suratmin Bin Haji Alwee serta EXCO Kesatuan Pekerja-Pekerja Johor
Port Berhad dan Sdra. Khairul Nizam Bin Haji Misrap Presiden serta EXCO
Kesatuan Eksekutif-Eksekutif Panasonic AVC Network Johor Malaysia Sdn. Bhd. di
atas Penganugerahan ini.
Kesatuan
Pekerja-Pekerja Johor Port Berhad dan Kesatuan Eksekutif-Eksekutif Panasonic
AVC Network Johor Malaysia Sdn. Bhd. adalah Kesatuan Gabungan UNI MLC dan kami
mendoakan Kesatuan-Kesatuan ini akan terus maju jaya.
Read more...