Friday, July 31, 2020
Tuesday, July 28, 2020
Majlis Perjumpaan Presiden UNI MLC
Majlis Perjumpaan Presiden UNI MLC bersama Pegawai Pegawai Kanan Kesatuan Pencantuman Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Berhad.
Sdri. Sarojini Devi A/P Jagarou, Sdri. Norliana Bt Mohd Bolkan dan Sdra. Sarifudin Jenin pada 28.07.2020
Sunday, July 26, 2020
Tuesday, July 14, 2020
Tahniah Kesatuan Pekerja Telekom Malaysia Sarawak (UTES)
Ucapan Tahniah kepada Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari, Exco dan Ahli Ahli UTES diatas Kejayaan Menandatangani Perjanjian Bersama Ke Sebelas di antara Telekom Malaysia Berhad dan Kesatuan Pekerja Telekom Malaysia Sarawak (UTES) bagi tempoh 2019 - 2021
Monday, July 13, 2020
Sunday, July 12, 2020
Friday, July 10, 2020
Peguam Panel UNI MLC
Assalammua'laikum wa-Rahmatul-laahi wa-Barakaatuh dan Salam Sejahtera
Kepada:
Presiden/Setiausaha Agung
Kesatuan Gabungan UNI MLC
Saya doa kan semoga semua Pemimpin-Pemimpin, Ahli-Ahli Kesatuan bersama keluarga sentiasa sihat.
Sukacita
di maklumkan bahawa UNI MLC mempelawa seorang lagi Peguam bagi membantu
kesatuan-kesatuan bagi tujuan mengendalikan kes-kes di Mahkamah
Perusahaan dan lain-lain Mahkamah berhubung dengan sebarang isu
perundangan.
Peguam
ini sangat berpengalaman dan saya yakin beliau akan dapat membantu jika
ada kesatuan-kesatuan yang memerlukan khidmat nasihat daripada beliau.
Beliau boleh di hubungi dengan maklumat seperti berikut:
Nama : Puan Masura Binti Mustafa
Alamat : Tetuan Masura & Tan, Advocates & Solicitors,
No. 41A, Jalan Snuker 13/28,
Tadisma Business Park, Seksyen 13,
40000 Shah Alam, Selangor.
No. Tel : 03-5510 0109
Email : masura.tan@gmail.com
Bersama sama ini saya lampirkan Profile Peguam Masura bagi makluman saudara/saudari.
Semoga dengan adanya seorang lagi Peguam maka kesatuan mempunyai pilihan.
Salam Solidariti
DATUK MOHAMED SHAFIE BP MAMMAL
Presiden UNI MLC
Thursday, July 2, 2020
BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020
Kepada:
Presiden/Setiausaha Agung
Kesatuan Gabungan UNI MLC
BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020
Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia akan menjalankan Banci
Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang akan bermula pada 7 Julai
2020.
3. Banci
Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 ini bertujuan untuk menyediakan
statistik penduduk dan perumahan negara yang terperinci dan
komprehensif. Ia sangat penting bagi menyediakan maklumat asas untuk
memantau Agenda Pembangunan Lestari 2030 yang merangkumi komitmen
kerajaan untuk membasmi kemiskinan, kesamarataan, kelestarian alam
sekitar dan memastikan bahawa semua penduduk diliputi.
4. Sehubungan
itu, Jabatan Perangkaan Malaysia melalui ILMIA amat berbesar hati
sekiranya pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan dapat
mewar-warkan tentang Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 ini
kepada semua warga pekerja di negara ini melalui laman sesawang
organisasi pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan.
5. Bersama-sama ini disertakan template hebahan
untuk dimuatkan ke dalam laman sesawang. Sebarang pertanyaan berhubung
perkara ini pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan boleh
menghubungi Puan Betty binti Hasan (03-83182375) atau Dr. Mohd Ridwan
bin Abd Razak (03-83182419). Pertimbangan dan kerjasama pihak YBhg. Tan
Sri / Datuk / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini adalah
amat diharapkan dan dihargai.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
Betty Bt Hasan
Pengarah Kanan
Institut Maklumat Dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA)
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel : 83182375 / Faks : 83180709 / E-mel : betty.hasan@dosm.gov.my
Subscribe to:
Posts (Atom)