Monday, July 21, 2025

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIALA PENGARAH JHEKS SELANGOR & WP KL YBRS TUAN HAJI AZZAL BIN ABU TALIB.

 



Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP Selangor) atas kejayaan muncul sebagai Johan dalam Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Pusingan Pengarah JHEKS Selangor dan Wilayah Persekutuan 2025. 

Tahniah juga kepada:

• Association Maybank Class One Officer. (AMCO) – Naib Johan,

• Kesatuan Pekerja-Pekerja FELDA – Tempat Ketiga, dan

• Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) – Tempat Keempat. 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua 20 pasukan yang telah mengambil bahagian. Semangat kesukanan, disiplin, dan kerjasama yang ditunjukkan sepanjang pertandingan amat membanggakan dan menyumbang kepada kejayaan keseluruhan acara ini.

Semoga kejohanan ini menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat antara kesatuan serta medan mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan warga pekerja.



  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP