Sunday, June 28, 2026
KENYATAAN MEDIA - UNI-MLC Sokong Keutamaan Pengambilan Rakyat Malaysia Sebelum Pertimbang Pengambilan Jururawat Asing.
Wednesday, June 24, 2026
MAJLIS PENYERAHAN GERAN PHEKS 2026 PERKASA PERANAN KESATUAN SEKERJA DALAM PEMBANGUNAN TENAGA KERJA
KUALA LUMPUR, 23 Jun 2026 – Majlis Penyerahan Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2026 Peringkat Semenanjung Malaysia telah berlangsung di The Grand Ballroom, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur dengan penyertaan pelbagai kesatuan sekerja dari seluruh Semenanjung.
Program anjuran Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) ini bertujuan memperkukuh kapasiti dan pembangunan kesatuan sekerja melalui penyaluran geran bagi pelaksanaan program berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada ahli serta memperkasakan gerakan kesatuan di negara ini.
Majlis dimulakan dengan ketibaan dif-dif kehormat termasuk YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia, dan YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia. Acara diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku, bacaan Ikrar Rukun Negara dan doa, diikuti ucapan aluan oleh Pn. Anita binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah JHEKS.
Dalam ucapan beliau, komitmen kerajaan terhadap pengukuhan peranan kesatuan sekerja sebagai rakan strategik pembangunan tenaga kerja negara telah ditekankan, selain galakan agar geran dimanfaatkan secara berkesan untuk program yang memberi impak langsung kepada ahli.
Majlis kemudiannya dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, yang turut merakamkan penghargaan kepada semua kesatuan atas sumbangan berterusan dalam menjaga kebajikan dan hak pekerja di Malaysia. Seterusnya, sesi penyampaian Geran PHEKS 2026 telah disempurnakan, melibatkan pelaksanaan program seperti latihan kepimpinan, pembangunan organisasi, pendidikan kesatuan dan aktiviti kebajikan ahli.
Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh institusi kesatuan sekerja ke arah hubungan perusahaan yang lebih harmoni, progresif dan mampan.
Turut hadir ialah Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, yang memberikan sokongan kepada penerima geran.
Monday, June 22, 2026
Majlis Makan Malam Bersama UNI-MLC dan Menteri Usahawan & Koperasi. YBM Steven Sim Chee Keong, Bertempat di Hotel MITC, Melaka
Sunday, June 21, 2026
Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Kali Ke-6 bagi penggal 2025–2028 Kesatuan Pekerja-Pekerja Pelabuhan Tanjung Pelepas (KPPPTP)
Hari ini Kesatuan Pekerja-Pekerja Pelabuhan Tanjung Pelepas (KPPPTP) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Kali Ke-6 bagi penggal 2025–2028.
Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC; Dato’ Azman Shah Mohd Yusof, Group CEO MMC Port Holdings Berhad; Mr. Mark Hadirman, Chief Executive Officer (CEO) Port of Tanjung Pelepas (PTP); serta wakil-wakil Kesatuan Eksekutif PTP, Kesatuan Pekerja-Pengerang Refining Company, Pegawai-pegawai tertinggi PTP, MJK, dan ahli-ahli Kesatuan KPPPTP.
Alhamdulillah, mesyuarat telah dirasmikan oleh Dato’ Azman Shah Mohd Yusof dengan penuh jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Datuk Mohamed Shafie BP Mammal atas ucapan beliau yang sentiasa menekankan kepentingan “Smart Partnership” ke arah pembangunan kesatuan yang lebih matang, progresif dan harmoni.
KPPPTP telah ditubuhkan 18 tahun yang lalu di pejabat Datuk sendiri. Sehubungan itu, kesatuan ini masih memerlukan sokongan berterusan daripada Datuk serta seluruh warga Uni-MLC bagi memastikan kelangsungan perjuangan dan pengukuhan organisasi ke tahap yang lebih stabil dan mampan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Wednesday, June 17, 2026
Majlis Perasmian Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah atas perkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Rehabilitasi PERKESO Neuro Robotik dan Sibernik Kebangsaan di Ipoh, Perak pada 16 Jun 2026, serta atas limpah perkenan menamakan pusat ini sebagai Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah.
Penubuhan pusat rehabilitasi berteknologi tinggi ini menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh perkhidmatan pemulihan dan rehabilitasi negara melalui penggunaan teknologi neuro robotik dan sibernik yang inovatif. Inisiatif ini dijangka meningkatkan keberkesanan rawatan serta membantu individu yang mengalami kecederaan dan ketidakupayaan untuk kembali menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.
Seiring dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, adalah menjadi harapan agar pusat ini dapat memberikan sinar dan keyakinan baharu kepada pesakit serta keluarga mereka, bahawa kecederaan bukanlah pengakhiran kepada kehidupan yang bermakna dan produktif.
Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri Diraja Tan Sri Dr. Mohd Zahidi Haji Zainuddin; Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan; Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, Dato’ Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) KESUMA, Dr. Haji Mohd Shaharin Umar; Pengerusi Lembaga PERKESO, Dato’ Sri Subahan Kamal; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed; serta Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie, dan seluruh tetamu kenamaan yang hadir memeriahkan majlis ini.
Penghargaan turut diberikan kepada semua jawatankuasa dan pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Semoga Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah terus menjadi peneraju kecemerlangan dalam bidang rehabilitasi negara serta memberi manfaat yang berterusan kepada rakyat dan negara.
Read more...
𝚂𝚊𝚕𝚊𝚖 𝙼𝚊𝚊𝚕 𝙷𝚒𝚓𝚛𝚊𝚑 𝟷𝟺𝟺𝟾𝙷 / 𝚂𝚎𝚕𝚊𝚖𝚊𝚝 𝙼𝚎𝚗𝚢𝚊𝚖𝚋𝚞𝚝 𝙰𝚠𝚊𝚕 𝙼𝚞𝚑𝚊𝚛𝚊𝚖 𝟷𝟺𝟺𝟾𝙷 𝚔𝚎𝚙𝚊𝚍𝚊 𝚜𝚎𝚕𝚞𝚛𝚞𝚑 𝚞𝚖𝚊𝚝 𝙸𝚜𝚕𝚊𝚖.
Semoga tahun ini membawa kita lebih dekat kepada reda-Nya.
Saturday, June 13, 2026
Friday, June 12, 2026
𝐔𝐍𝐈-𝐌𝐋𝐂 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐧𝐠𝐭𝐡𝐞𝐧𝐬 𝐂𝐨𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐔𝐍𝐈 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥 𝐔𝐧𝐢𝐨𝐧 𝐢𝐧 𝐍𝐲𝐨𝐧, 𝐒𝐰𝐢𝐭𝐳𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐝 🇲🇾🤝🌍
10 June 2026 (Wednesday)
10:00 a.m. onwards
UNI Global Union Headquarters, Nyon, SwitzerlandUNI-MLC held a strategic engagement session at the UNI Global Union Headquarters in Nyon, Switzerland, chaired by Sister Alke Boessiger, Deputy General Secretary of UNI Global Union, and coordinated by Sister Giedre Lelyte, Head of Gaming.
The discussion focused on key global labour issues, including developments at the 114th International Labour Conference (ILC), progress towards a proposed ILO Convention on Platform Workers, the impact of Artificial Intelligence (AI) and digital transformation, collective bargaining, organising strategies, supply chain accountability and the future of work.
Sectoral updates were presented by UNI Global Union representatives from the Commerce, Finance, Care, Postal & Logistics and Gaming sectors, highlighting emerging challenges and opportunities facing workers globally.
UNI Global Union also recognised Malaysia’s recent organising successes, particularly involving AEON and IKEA, and commended the active role played by UNI-MLC in strengthening worker representation and regional cooperation throughout the Asia-Pacific region.
During the session, Brother Datuk Mohamed Shafie Pakiri Mammal, President of UNI-MLC, highlighted the continued growth of UNI-MLC, which now represents close to 500,000 workers, and shared concerns regarding AI, corporate restructuring, outsourcing, franchising, workplace violence, mental health and the need to safeguard collective bargaining rights.
Both UNI Global Union and UNI-MLC reaffirmed their commitment to strengthening organising efforts, collective bargaining, workers’ rights, social dialogue and international solidarity in addressing the challenges of the future world of work.
Together, we build stronger unions, stronger workers and a stronger future.
#UNIMLC #UNIGlobalUnion #ILO114 #WorkersRights #CollectiveBargaining #FutureOfWork #SocialDialogue #TradeUnions #Solidarity #Malaysia #Geneva2026 #Nyon #UNIAsiaPacific.
Kuala Lumpur Time





































