Tuesday, July 8, 2025

BERITA DARI BADAN PERHUBUNGAN UNI-MLC SARAWAK.

 

Badan Perhubungan UNI-MLC Sarawak telah mengadakan kunjungan Hormat ke pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan Sarawak oada 8 Julai 2025 di pejabat Jabatan Perhubungan Sarawak. Pihak JPP telah diwakili oleh Pengarah JPP Puan Nur Huda binti Mohammad Imran dan turut disertai oleh Puan Noorlia binti Mahlee.

Semasa kunjungan hormat, Pengerusi UNIMLC Sarawak saudara Mohamad Abdul Manaf bin Ismawi mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak JPP menerima kunjungan hormat daripada pihak UNIMLC Sarawak. Rombongan UNIMLC Sarawak turut disertai oleh Saudari Kamasiah Hj Taiban, Setiausaha Perhubungan, Saudara Tuan Hj Rasdi Ahmad bin Mohamad Penolong Pengerusi, Saudara Abang Mohammed Razali bin Abang Salleh Penolong Setiausaha, Saudara Haron bin Madeli Penolong Bendahari dan Saudara Tuan Hj Mohamad Ibrahim bin Hamid.

Antara Intipati perbincangan adalah memperkenalkan UNIMLC kepada pihak JPP dan mengeratkan hubungan antara pihak UNIMLC Sarawak dengan pihak JPP Sarawak


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP