Tuesday, June 24, 2025

Majlis Penyerahan Pheks Zon Utara 2025: Kerajaan Perkasa Gerakan Kesatuan Sekerja

 



Majlis Penyerahan Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2025 Peringkat Zon Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) telah disempurnakan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia.

Acara itu disempurnakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja, Mohd Asri Abdul Wahab dan Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC turut hadir pada majlis Penyerahan Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2025 Peringkat Zon Utara

PHEKS 2025 telah menerima 1,049 permohonan daripada pelbagai kesatuan sekerja dari seluruh negara dengan 551 permohonan bernilai RM7.15 juta telah diluluskan bagi menjalankan aktiviti berkaitan kesatuan sekerja.

Bagi peringkat Zon Utara, sebanyak 124 permohonan bernilai RM1.5 juta telah diluluskan tahun ini. 


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP