๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐ข๐ฅ๐ฃ๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐ฆ๐ข๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐ฆ๐ฃ๐ข๐ก๐ฆ๐๐๐๐๐๐ง๐ฌ (๐๐ฆ๐ฅ) ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ ๐๐๐ช๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ง๐จ๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ ๐๐๐ก ๐ช๐๐๐๐ฌ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐จ๐ง๐จ๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ง๐จ๐๐ก ๐๐๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐จ๐ก๐-๐ ๐๐
Anjuran: Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor dan Wilayah Persekutuan (JHEKS)
Dengan kerjasama: Kesatuan-Kesatuan Sekerja Selangor dan Wilayah Persekutuan
Tarikh: Sabtu, 21 Jun 2025
Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang
Tempat: Masjid India Muslim, Bestari Jaya
Program Corporate Social Responsibility (CSR) ini dianjurkan bertujuan untuk menyemai semangat khidmat masyarakat dan memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan, kesatuan sekerja dan masyarakat setempat. Ia turut memberi fokus kepada penjagaan kebersihan masjid dan tanah perkuburan serta kesejahteraan asnaf dan kesihatan komuniti.
Perasmian Program
Majlis telah dirasmikan oleh:
• Tuan Haji Asri Abdul Wahab, Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja
• Tuan Haji Azzal bin Haji Abdul Talib, Pengarah JHEKS Selangor & Wilayah
• Tuan Haji Ismail, Timbalan Presiden UNIMLC
• Nazir Masjid India Muslim Bestari Jaya
• Nazir Masjid Al-Awwabin
• Nazir Masjid Rantau Panjang
Aktiviti Utama
1. Gotong-royong membersihkan kawasan masjid
2. Penanaman pokok sekitar masjid
3. Gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan
4. Agihan bantuan asnaf – sebanyak 150 pek makanan daripada JHEKS
5. Pemeriksaan kesihatan percuma – dengan kerjasama pasukan perubatan daripada PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya)
6. Penglibatan agensi kerajaan – Bomba Malaysia
7. Cabutan bertuah – sebanyak 70 hadiah disediakan
Jumlah kehadiran peserta dalam program ini adalah seramai 300 orang, terdiri daripada ahli kesatuan, penduduk setempat, sukarelawan dan kakitangan agensi Bomba.
Sumbangan
• 2 set TV berskrin besar telah disumbangkan kepada 3 masjid oleh JHEKS
• 150 pek makanan untuk asnaf turut diagihkan kepada 3 masjid
Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan komitmen tinggi daripada semua pihak yang terlibat. Ia bukan sahaja mencerminkan keprihatinan sosial kesatuan dan jabatan terhadap masyarakat, malah menggalakkan budaya gotong-royong serta tanggungjawab bersama dalam menjaga komuniti setempat.
Sekian, terima kasih.
Haji Nikmatullah bin Abu Baka Citi
Penolong Setiausaha Agung UNIMLC