Sunday, October 26, 2025

Program Bengkel Persediaan Perjanjian Bersama (CA) Kesatuan Pegawai-Pegawai Bank Kerjsama Rakyat Malaysia Berhad (PEBARA)

 


Program Bengkel Persediaan Perjanjian Bersama (CA) telah diadakan pada 25.10.2025 dirasmikan oleh Datuk Shafie BP Mammal Presiden UNI-MLC di SCAPES Hotel Genting Highlands, PAHANG.

Seramai 30 Pemimpin dan Aktivis dari Negeri hadir bersama.

Turut Hadir Sdr Nabil YDP PEBARA Sdr Mior Awaluddin NAIB YDP Sdr Amirrul Setiausaha serta semua Exco kesatuan PEBARA

Diantara objektif utama Program Bengkel Persediaan Perjanjian Bersama ini diadlkan adalah memberi pendedahan mengenai aspek-aspek penting dan kemahiran yang diperlukan dalam penyediaan Perjanjian Bersama.

Para peserta program turut dilatih memahami Aspek Perundangan: Memberi kefahaman yang mendalam mengenai Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan undang-undang buruh lain yang berkaitan, serta prosedur pendaftaran Perjanjian Bersama (CA). selain daripada itu para peserta diterapkan kemahiran teknikal dalam menyediakan latihan praktikal mengenai kemahiran rundingan, komunikasi berkesan, pengurusan konflik, dan seni berhujah.

Dengan adanya pendedahan bengkel seperti ini, diyakini dapat memberikan impak positif kepada Kesatuan PEBARA dalam memastikan rundingan dijalankan secara profesional dan bermaklumat. Ini bukan sahaja mempercepatkan proses perundingan, tetapi juga membina hubungan yang lebih sihat dan produktif antara pihak majikan dan pekerja.


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP