Friday, May 9, 2025

Seminar Keharmonian Perhubungan Perusahaan bersama Majikan dan Kesatuan Sekerja 2025


 



Seramai 150 orang peserta dari pengurusan syarikat dan kesatuan sekerja menyertai seminar anjuran Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Selangor pada 8.5.2025 di Klang, Selangor.

YBrs Tuan Khalid bin Jali Ketua Pengarah JPPM telah merasmikan seminar pada kali ini.

Sesi dialog dan soal jawab telah berlangsung yang dikendalikan oleh Pn Siti Norhayati bt Mohd Sharif selaku Moderator. Seramai 4 orang panelis telah dijemput bagi sesi ini, ia terdiri daripada:

1. Puan Suraiya Ch'ng bt Abdullah, Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor.

2. Dato' Haji Jalaldin bin Hussain, MEF Senior Principal Consultant

3. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC

4. Dr. Mohd Ridwan bin Abd Razak, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan & Ekonomi. UPSI

Pada program kali ini, Datuk Mohamed Shafie, Presiden UNI-MLC, turut diberi peluang untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Cabaran Kesatuan Terhadap Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) & Peraturan-Peraturan Perhbungan Perusahaan 2009.

Datuk Mohamed Shafie BP. Mammal, Presiden UNI-MLC menzahirkan ucapkan tahniah kepada YBrs Puan Suraiya Ch'ng bt Abdullah Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Selangor serta semua pegawai-pegawai JPP Selangor diatas kejayaan menganjurkan seminar seperti ini.



  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP