Wednesday, January 10, 2018

Sesi Perbincangan Memantapkan Cadangan dalam Penyediaan Kod Etika Ibu Bapa dan Penjaga bersama Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP)


 


​Pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (National Union of the Teaching Profession Mal​aysia (NUTP) kini sedang giat menyediakan Kod Etika Ibu Bapa dan Penjaga bagi menambahbaik pemuafakatan antara ibu, bapa, murid dan guru di sekolah.

Sehubungan dengan itu, pihak NUTP telah menjemput Y.Bhg Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI MLC untuk menghadiri sesi perbincangan memantapkan cadangan kod etika ibu bapa/penjaga pada 9hb Januari 2018 di Wisma NUTP Ibu Pejabat Kuala Lumpur.

Pihak UNI MLC yakin kod etika yang disediakan oleh pihak NUTP akan dapat membantu ibu bapa, murid dan guru dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP