MINDA POLICY ROUNDTABLE (MPR): GAJI MINIMUM – MENGIMBANGI KESEJAHTERAAN PEKERJA DAN DAYA TAHAN PERNIAGAAN
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat MINDA-UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
“GAJI MINIMUM BUKAN SEKADAR ANGKA, TETAPI ASAS KESEJAHTERAAN PEKERJA DAN PERTUMBUHAN EKONOMI YANG INKLUSIF.”
Untuk makluman seluruh kepimpinan dan kesatuan gabungan UNI-MLC, Sdra. Hj. Mohd Effendy bin Abdul Ghani, Setiausaha Agung UNI Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) merangkap Presiden UPCW, telah dijemput sebagai ahli panel dalam MINDA Policy Roundtable (MPR) anjuran Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM) dengan kerjasama Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sesi perbincangan dikendalikan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Pengarah MINDA-UKM, selaku moderator, bersama ahli panel YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Anuwar Ali, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara. Turut hadir YB Senator Dr. Jufitri Joha, Ahli Dewan Negara.
Turut hadir daripada kepimpinan kesatuan sekerja:
🔹 Sdra. Rudy Rusly – Setiausaha Agung SIU merangkap Ahli Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).
🔹 Sdra. Hj. Muhammad Nizam Md Hadzir – Setiausaha Agung UPCW.
🔹 Sdri. Fazlina – Bendahari Agung UPCW merangkap Timbalan Bendahari UNI-MLC.
📌 ANTARA FOKUS UTAMA PERBINCANGAN:
🔹 Gaji Minimum dan Kos Sara Hidup – Mengimbangi keperluan meningkatkan pendapatan pekerja dengan kemampuan serta kelangsungan perniagaan.
🔹 Pelaksanaan Gaji Minimum Baharu – Meneliti persediaan industri, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), menuju sasaran pelarasan gaji pada Jun 2027.
🔹 Pemampatan Struktur Gaji (Wage Compression) – Memastikan pekerja berpengalaman tidak terpinggir apabila kadar gaji minimum dinaikkan.
🔹 Rundingan Bersama dan Produktiviti – Memperkukuh mekanisme rundingan kolektif dan kerjasama strategik bagi membangunkan struktur gaji yang adil, progresif dan mampan.
UNI-MLC menegaskan bahawa kenaikan gaji minimum perlu disertai pelarasan struktur gaji yang adil dan menyeluruh, agar pengalaman, kemahiran serta sumbangan pekerja terus dihargai, di samping memastikan peningkatan produktiviti dan daya saing industri turut diterjemahkan kepada pertumbuhan pendapatan serta kesejahteraan pekerja
UNI-MLC merakamkan penghargaan kepada MINDA-UKM dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM atas penganjuran wacana dasar ini yang membuka ruang dialog antara pembuat dasar, ahli akademik, majikan dan wakil pekerja.
“GAJI MINIMUM IALAH LANTAI PERLINDUNGAN, BUKANNYA SILING PENDAPATAN PEKERJA.”
Fair Wages, Decent Work, Stronger Unions!
Solidarity Forever!
UNION POWER!!!
Disediakan oleh,
Hj Mohd Effendy bin Abdul Ghani
Setiausaha Agung UNI-MLC
26 NOV 2026
#SuaraUNIMLC
#UNIMLC
#UPCW
#MINDAUKM
#UKM
#GajiMinimum
#ReformasiGaji
#WageCompression
#CollectiveBargaining
#UnionPower
Kuala Lumpur Time



























Tarikh: 19 November 2026 (Khamis)
Tempat: Pejabat UNI-MLC
Sdra. Wan Ahmad Nazrul bin Wan Nawi – Presiden
Pengukuhan dan Pembangunan Kesatuan – Perkongsian pandangan dan pengalaman berkaitan pembangunan organisasi, pemantapan pengurusan serta hala tuju strategik kesatuan sekerja.






