Wednesday, November 11, 2026

Kunjungan Hormat KPPPTP Ke JHEKS Johor: Memperkukuh Hubungan Strategik & Memperkasa Hala Tuju Kesatuan

 


TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA KEPIMPINAN KPPPTP!

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Saudara Arshad Ali, Presiden KPPPTP, serta barisan EXCO atas kunjungan hormat ke Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Johor.

Kunjungan yang disambut oleh Pengarah JHEKS Johor, Puan Rafizah binti Abd Manan bersama Pegawai Kesatuan Sekerja Johor, Encik Abdul Razak bin Abu Bakar ini bertujuan memperkukuhkan hubungan strategik, di samping membincangkan hala tuju, pentadbiran dan tadbir urus kesatuan.

Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat serta memperkukuhkan perjuangan dalam membela kebajikan dan kepentingan pekerja.

Tahniah dan terus maju jaya kepada seluruh kepimpinan KPPPTP!

UNION POWER!!!

Read more...

Saturday, November 7, 2026

Deepavali Greetings from Datuk Mohamed Shafie, President of UNI-MLC


 

Read more...

Thursday, November 5, 2026

ABBOA seek Datuk Shafie's Guidance

 

5 November 2026

ABBOA had the privilege of meeting Datuk Shafie today to seek his advice and guidance on the appropriate response to a show cause letter before the member submits the final reply to Management.

During the meeting, the ABBOA President also sought Datuk's views on the proper protocol and arrangements for hosting a dinner involving VVIP guests as part of the Union's upcoming event planning.

ABBOA sincerely appreciates Datuk Shafie's invaluable advice, guidance, and continuous support. His insights and encouragement continue to be of great benefit to the Union and its members.

Affin Bank Berhad Officers Association (ABBOA) Thank you, Datuk, for your time, wisdom, and unwavering support. 🙏🏻

Read more...

SEJUTA PENGHARGAAN & TERIMA KASIH DARIPADA KAMI

 


Assalamualaikum dan salam hormat.

Bagi pihak Kesatuan Pekerja-Pekerja Toyo Tyre Malaysia Sdn. Bhd., kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, serta seluruh warga UNI-MLC atas kesudian menerima kunjungan wakil kesatuan kami.

Peluang dan ruang yang diberikan amat kami hargai. Sepanjang pertemuan tersebut, banyak ilmu, pengetahuan dan perkongsian pengalaman baharu yang telah kami peroleh, khususnya berkaitan pengurusan kesatuan, peranan kepimpinan serta cabaran dalam memperkasakan gerakan kesatuan sekerja.

Sesungguhnya, perkongsian dan nasihat yang diberikan amat bermakna buat kami dan pastinya menjadi panduan serta nilai tambah dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada ahli-ahli kesatuan.

Kami berharap agar hubungan silaturahim dan kerjasama ini akan terus terjalin erat. Semoga kami dapat terus belajar, menimba pengalaman dan memperkukuhkan perjuangan demi kepentingan serta kebajikan seluruh warga pekerja.

Terima kasih sekali lagi atas sambutan mesra, layanan baik dan segala ilmu yang dikongsikan. Jasa dan kesudian pihak UNI-MLC menerima kunjungan kami amat kami hargai.

Salam solidariti daripada kami.

KESATUAN PEKERJA-PEKERJA TOYO TYRE MALAYSIA SDN. BHD.

Bersatu Hati, Teguh Berjuang, 
Demi Kebajikan Pekerja.

UNION POWER

Read more...

MESYUARAT RUNDINGAN PERJANJIAN KOLEKTIF YANG KE-2 KESATUAN PEKERJA-PEKERJA AEON CO. (M) BHD

 


4 November 2026 (Rabu)

Mesyuarat Rundingan Perjanjian Kolektif Yang Ke-2 antara Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON Co. (M) Bhd. dengan pihak pengurusan AEON Co. (M) Bhd. telah diadakan pada hari ini bertempat di Ibu Pejabat AEON, Taman Maluri.

Rundingan antara kedua-dua pihak telah berlangsung dalam suasana yang baik dan positif demi menjaga kebajikan, kepentingan dan hak pekerja terus terpelihara.

Wakil Syarikat:
1) En Muhammad Azhani Bin Ishak - AGM Ethics, Compliance, Industrial Relations, and Trade Union Department
2) En Wan Adli Wan Muhamad - Senior Manager Engagement & Welfare
3) dua (2) orang pegawai HR

Wakil Kesatuan:
1) Muhammad Fadhli Muhammad Zamzuri - Presiden
2) Buhairi Omar - Naib Presiden
3) Amir Wafiuddin Amir Shafar Rudeen - Setiausaha

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI Malaysia Labour Centre (UNI-MLC), yang telah memberikan nasihat, pandangan serta panduan berkaitan aspek perundangan dan hubungan perusahaan dalam proses rundingan Perjanjian Kolektif Yang Ke-2.

Bagi pihak Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON Co. (M) Bhd., kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Presiden atas kesudian meluangkan masa untuk hadir bersama-sama dalam Mesyuarat Rundingan Perjanjian Kolektif Yang Ke-2 ini.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP