Thursday, September 17, 2026

MESYUARAT UNICOME MALAYSIA

 


17 September 2026

UNICOME Malaysia telah mengadakan mesyuarat pada hari ini yang menghimpunkan 7 kesatuan gabungan di bawah UNICOME Malaysia, iaitu:

* AEON BiG Manager Union
* AEON BiG Worker Union
* AEON Co Worker Union
* AEON Delight Union
* IKEA Union
* Proton Union
* Continental Tyre Union

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Presiden UNI-MLC, Datuk Shafie, dengan perbincangan utama berkaitan hala tuju dan pengukuhan UNICOME Malaysia, serta persediaan menghadapi UNI Global Commerce Conference 2026 yang akan berlangsung di Bangkok pada 30 November hingga 3 Disember 2026.

Mesyuarat ini mencerminkan komitmen bersama kesatuan-kesatuan untuk memperkukuh kerjasama dan kesatuan suara dalam memperjuangkan hak serta kepentingan pekerja dalam sektor komersial.

Read more...

Tuesday, September 15, 2026

Selamat Hari Malaysia 2026

 


Sempena Hari Malaysia 2026, marilah kita bersama-sama memperkukuhkan semangat perpaduan, saling menghormati dan bekerjasama dalam membina negara yang lebih adil, sejahtera dan makmur.

Sebagai Kesatuan Sekerja UNI-MLC, kami terus komited memperjuangkan kebajikan, hak dan kesejahteraan para pekerja demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 2026.
𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙩𝙪 𝘿𝙚𝙢𝙞 𝙋𝙚𝙠𝙚𝙧𝙟𝙖, 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙞𝙣𝙖 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖. 🇲🇾

Read more...

Memperkasa Aspirasi Pekerja: Penyerahan Proposal Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON BiG

 


Tarikh: 15 September 2026 (Selasa)
Tempat: AEON BiG Subang Jaya, HQ

Pada hari ini, telah berlangsung penyerahan Proposal Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON BiG oleh dua wakil kesatuan, Muhamad Fikri dan Nazifuddin, Setiausaha Kesatuan, kepada En. Rizal Omar, Head of Human Resources AEON BiG.

Penyerahan ini merupakan satu langkah penting dalam menyuarakan aspirasi serta memperjuangkan kepentingan dan kebajikan warga kerja.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Mohamed Shafie atas pandangan, nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan kepada pihak kesatuan.

Read more...

Seminar “Kepentingan Berkesatuan” 2026: Memperkasa Peranan Kesatuan Sekerja Bersama Ahli Dan Rakan Kesatuan Uni-Mlc Johor

 


14 September 2026
Kesatuan Pekerja-Pekerja Johorport Berhad telah menganjurkan seminar “KEPENTINGAN BERKESATUAN” yang diadakan 4 point by Sheraton Seri Alam.

Seramai 35 orang peserta yang menyertai seminar ini. Peserta yang menghadiri dikalangan ahli kesatuan pekerja-pekerja Johor port berhad dan beberapa lagi rakan kesatuan di bawah UNI-MLC disekitar Johor Bahru. Turut menyertai seminar ini adalah YAYASAN PELAJARAN JOHOR yang baru hendak mewujudkan kesatuan sekerja.


Seminar dirasmikan oleh Sdr. Khairul Azlan Sulong selaku wakil rasmi kepada YB Chan San San ( Timbalan EXCO Pembangunan wanita , Keluarga Dan Masyarakat Johor ).


Turut hadir di seminar ini adalah :


1. Datuk Shafie BP Mammal

- Presiden Uni-MLC
- Penceramah sesi 1

2. Pn. Rafizah Binti Abd Manan

- Pengarah JHEKS Johor
- Penceramah sesi 2

3. Pn. Hazah Binti Mahmad Toha

- Pegawai Eksekutif Kanan Sistem Insuran pekerja Perkeso Johor
- Penceramah sesi 3

Read more...

Sunday, September 13, 2026

MAJLIS PENYERAHAN PERJANJIAN BERSAMA (CA) KEPADA PIHAK MAJIKAN – 11 SEPTEMBER 2026

 


Alhamdulillah, satu lagi langkah penting dalam usaha Kesatuan Eksekutif Hong Leong Bank Berhad (KEHLEB) telah berjaya dilaksanakan.

Majlis penyerahan Perjanjian Bersama (Collective Agreement) kepada Pihak Majikan telah berlangsung secara tertutup pada 11 September 2026, jam 2.30 petang, bertempat di Tingkat 10, Hong Leong Tower.

Dalam majlis tersebut, Sdra James Mailvaganam, Naib Presiden KEHLEB, telah mewakili pihak Kesatuan untuk menyerahkan dokumen Perjanjian Bersama kepada Ms Leong Chye Yan, wakil Pihak Majikan yang telah menerima dokumen tersebut.

Penyerahan ini merupakan satu pencapaian penting dan langkah seterusnya dalam perjalanan KEHLEB ke arah merealisasikan Perjanjian Bersama demi kepentingan serta kebajikan para ahli.

Alhamdulillah, kami amat bersyukur atas perkembangan ini dan berharap agar Pihak Majikan dapat menjemput pihak Kesatuan ke peringkat seterusnya, iaitu proses rundingan (Negotiation) dalam masa terdekat.

Semoga segala usaha, kerjasama dan komitmen semua pihak dipermudahkan serta membuahkan hasil yang terbaik untuk Kesatuan dan seluruh ahli KEHLEB.

🤝 Bersama kita teruskan perjuangan.

Salam Hormat & Perjuangan,
Jawatankuasa KEHLEB

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP