Tuesday, November 24, 2026

Leadership, Wisdom and Solidarity: ABBOA's Engagement with UNI-MLC President

 


Today, 24 November 20206 - The President of ABBOA had the privilege of meeting Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, President of UNI-MLC, to seek guidance and advice on ABBOA's response to the show cause letter.


Datuk's invaluable advice, vast experience, and practical insights, knowledge and wisdom that cannot be bought, provided tremendous value and helped shape our response. His guidance was instrumental in strengthening ABBOA's understanding of the matter and enhancing our approach in addressing it.


We would like to record our sincere appreciation and gratitude to Datuk for taking the time to meet with us despite his busy schedule. Your unwavering support, guidance, and commitment towards ABBOA continue to inspire and strengthen us as we move forward.


Thank you, Datuk, for always standing with ABBOA.

Read more...

Memperkasa Gerakan Kesatuan Sekerja Johor: Jalinan Ilmu, Pengalaman dan Transformasi Digital Ke Arah Johor Maju 2030.

 


Assalamualaikum & Salam Keluarga UNIMLC 🇲🇾

Kunjungan Hormat dan Sesi Temu Bual Bersama Kesatuan Pekerja-Pekerja Johor Port Berhad

Alhamdulillah, pada 24 November 2026 (Selasa), jam 10.00 pagi, Pejabat Kesatuan Pekerja-Pekerja Johor Port Berhad telah menerima kunjungan daripada delegasi Kesatuan Kakitangan Kumpulan Pelaksana MARSAH Sdn. Bhd. yang terdiri daripada lima (5) orang pegawai kesatuan dan penyelidik.

Kunjungan ini bertujuan mengadakan sesi temu bual bagi kajian bertajuk:

“Model Transformasi Digital & Tadbir Urus Kesatuan Sekerja Negeri Johor Melalui Analisis Empirikal dan Perbandingan dengan Singapura ke Arah Johor Maju 2030: Analisis Literatur Komprehensif.”

Delegasi tersebut diketuai oleh Dr. Muhammad Hadir bin Baharudin.

Alhamdulillah, sesi pertemuan dan perkongsian ilmu berlangsung dengan amat baik dalam suasana mesra, profesional dan penuh keterbukaan. Kedua-dua pihak berpeluang bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan, tadbir urus dan perjuangan kesatuan sekerja.

Dalam sesi tersebut, pihak kami turut berkongsi mengenai kepentingan peranan UNIMLC sebagai sebuah keluarga besar yang sentiasa memberikan sokongan, bimbingan dan kekuatan kepada Kesatuan Pekerja-Pekerja Johor Port Berhad serta kesatuan-kesatuan yang bernaung di bawah gabungannya.

Kami juga merakamkan penghargaan kepada YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal atas kepimpinan dan sumbangan beliau dalam memperkukuh gerakan kesatuan sekerja melalui UNIMLC.

Menariknya, delegasi yang hadir turut menunjukkan minat dan keterujaan untuk mengenali UNIMLC dengan lebih dekat, malah menyatakan hasrat untuk mempertimbangkan penyertaan dalam keluarga besar UNIMLC pada masa akan datang.

Insya-Allah, semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat, perkongsian ilmu yang berterusan serta pengukuhan gerakan kesatuan sekerja di negeri Johor.

Bersatu Hati, Kukuh Berjuang, Demi Kebajikan Pekerja!
Terima kasih atas kunjungan dan kepercayaan yang diberikan.

#UNIMLC
#UnionJohorPortBhd


Read more...

PROGRAM MEMPERKASA AHLI KESATUAN KESAKTI 2026

 



📅 Tarikh: 22 November 2026 (Ahad)
📍 Tempat: Dewan Besar, Menara TH, Kuala Lumpur

“CABARAN KESATUAN SEKERJA DALAM ERA KECERDASAN BUATAN (AI)”

Untuk makluman seluruh kepimpinan dan kesatuan gabungan UNI-MLC, Sdra. Hj Mohd Effendy bin Abdul Ghani, Setiausaha Agung UNI-MLC merangkap Presiden UPCW, telah dijemput sebagai penceramah sempena Program Memperkasa Ahli Kesatuan Tahun 2026 anjuran Kesatuan Kakitangan Lembaga Tabung Haji (KESAKTI).

ANTARA INTIPATI PERKONGSIAN

🔹 AI dalam Kehidupan Harian – Manfaat teknologi, literasi digital serta risiko penipuan dan keselamatan maklumat.

🔹 Transformasi Dunia Pekerjaan – Impak AI terhadap keselamatan pekerjaan, perubahan skop tugas dan keperluan kemahiran baharu.

🔹 Cabaran Gerakan Kesatuan Sekerja – Perlindungan hak pekerja, penilaian prestasi berasaskan algoritma, privasi dan kesejahteraan pekerja.

🔹 Strategi Memperkasa Kesatuan – Konsultasi awal, latihan semula, rundingan serta pengurusan peralihan teknologi secara adil (Just Transition).

UNI-MLC menegaskan bahawa kemajuan teknologi hendaklah seiring dengan perlindungan hak, maruah dan kesejahteraan pekerja.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh kepimpinan KESAKTI atas jemputan dan komitmen dalam memperkasakan pengetahuan ahli.

“MEMAHAMI AI, MELINDUNGI PEKERJA, MEMPERKASA KESATUAN.”

Solidarity Forever!
UNION POWER!!!

Hj Mohd Effendy bin Abdul Ghani
Setiausaha Agung UNI-MLC
22 NOV 2026

#SuaraUNIMLC #KESAKTI #UPCW #ArtificialIntelligence #JustTransition #UnionPower

Read more...

PROGRAM PENYAMPAIAN SUMBANGAN BANTUAN BENCANA BERUPA KEPERLUAN MAKANAN ASAS OLEH KPPTTMSB

 


Alhamdulillah, pada 22 November 2026, Kesatuan Pekerja-Pekerja Toyo Tyre Malaysia Sdn. Bhd. (KPPTTMSB) telah melaksanakan program penyampaian bantuan bencana berupa barangan makanan asas kepada 7 orang ahli kesatuan yang terjejas.

Agihan bantuan melibatkan kawasan Bukit Gantang, Matang, Simpang dan Kamunting.

Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif kesatuan dalam meringankan beban ahli yang ditimpa musibah. Walaupun tidak seberapa, kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu memenuhi keperluan harian mereka.

Bagi kami, kesatuan bukan sekadar memperjuangkan hak dan kepentingan pekerja, malah turut memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan serta kesejahteraan setiap ahli.

Kami mungkin tidak mampu mengubah segala keadaan, tetapi kami akan sentiasa berusaha untuk tidak membiarkan ahli menghadapi kesusahan bersendirian.

🤝 Bersama kita menjaga kebajikan.
💙 Bersama kita membina solidariti.

KEBAJIKAN AHLI, KEUTAMAAN KAMI!

#KPPTTMSB #KesatuanSekerja #BantuanBencana #KebajikanAhli #SolidaritiPekerja #BersatuBerjuang #UnionPower

Read more...

Monday, November 23, 2026

Kunjungan Mesra Kesatuan Pekerja-Pekerja Bukan Eksekutif Malayan Banking Berhad (MAYNEU) ke UNI-MLC

 


Tarikh: 19 November 2026 (Khamis)
Tempat: Pejabat UNI-MLC

“MEMPERKUKUH KESATUAN MELALUI PENGETAHUAN, KEPIMPINAN DAN SOLIDARITI.”


Untuk makluman seluruh kepimpinan dan kesatuan gabungan UNI-MLC, UNI Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) telah menerima kunjungan mesra daripada barisan kepimpinan Kesatuan Pekerja-Pekerja Bukan Eksekutif Malayan Banking Berhad (MAYNEU).

Sesi perbincangan bersama YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, turut dihadiri oleh Sdra. Hj. Mohd Effendy bin Abdul Ghani, Setiausaha Agung UNI-MLC.

Delegasi MAYNEU terdiri daripada:

Sdra. Wan Ahmad Nazrul bin Wan Nawi – Presiden
Sdra. Jesni bin Mahmood – Setiausaha
Sdra. Shaik Abdul Malik bin Abdul Razack – Penolong Setiausaha
Sdra. Mohd Zakri bin Idrus – Bendahari


Kunjungan ini bertujuan mendapatkan pandangan, khidmat nasihat dan perkongsian pengalaman dalam memperkukuh hala tuju kesatuan.


ANTARA FOKUS UTAMA PERBINCANGAN

Pengukuhan dan Pembangunan Kesatuan – Perkongsian pandangan dan pengalaman berkaitan pembangunan organisasi, pemantapan pengurusan serta hala tuju strategik kesatuan sekerja.
Penggabungan UNI-MLC – Peranan, manfaat penggabungan serta jaringan solidariti di peringkat nasional dan antarabangsa.
Latihan dan Pendidikan – Peningkatan pengetahuan, kompetensi dan pembangunan kapasiti kepimpinan kesatuan.
Khidmat Nasihat dan Bantuan – Bimbingan berkaitan perundangan perburuhan, hubungan perusahaan serta pengurusan isu pekerja.

UNI-MLC menyambut baik kunjungan ini dan kekal komited dalam memberikan bimbingan, perkongsian kepakaran serta sokongan ke arah membina kesatuan yang progresif, berpengetahuan dan berdaya saing dalam memperjuangkan hak, kepentingan serta kebajikan pekerja.

“ORGANISE, EDUCATE, EMPOWER AND STRENGTHEN SOLIDARITY!”
Solidarity Forever!
UNION POWER!!!


Disediakan oleh,
Hj Mohd Effendy bin Abdul Ghani
Setiausaha Agung UNI-MLC
19 NOV 2026

#SuaraUNIMLC 
#UNIMLC 
#MAYNEU
 
#Organising 
#Solidarity 
#UnionPower



Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP