Monday, August 10, 2026

SEMINAR PEMBANGUNAN KESATUAN SEKERJA BAGI SEKTOR LOGISTIK DI MALAYSIA



Tarikh: 10 Ogos 2026
Tempat: Hotel Capitol, Kuala Lumpur

Seramai 26 orang peserta yang mewakili tujuh (7) buah kesatuan sekerja daripada sektor logistik di Malaysia telah menyertai Seminar Pembangunan Kesatuan Sekerja bagi Sektor Logistik di Malaysia.

Seminar ini dianjurkan sebagai salah satu usaha strategik dalam memperkukuh dan memperkasakan peranan kesatuan sekerja dalam sektor logistik, di samping membina jaringan kerjasama yang lebih tersusun dan berkesan di peringkat nasional serta antarabangsa.

Antara objektif utama seminar adalah:

🔶 Berkongsi pandangan mengenai cabaran dan peranan kesatuan sekerja sektor logistik di peringkat nasional.
🔶 Memperkukuh solidariti serta jaringan kerjasama strategik bersama UNI Global Union.
🔶 Membincangkan dan merangka Memorandum Persetujuan bagi penubuhan Rangkaian Kerjasama UNI-MLC Sektor Logistik sebagai platform penyelarasan dan kerjasama antara kesatuan-kesatuan berkaitan.
🔶 Menubuhkan dan melantik Ahli Jawatankuasa Sektor Logistik Malaysia bagi memperkukuh penyelarasan serta pelaksanaan agenda pembangunan sektor logistik pada masa hadapan.

Seminar ini telah dikendalikan oleh Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, bersama Sdr. Kalma Mohd Ayzad Mohd Ali dan Sdr. Shaffie Osman, Penolong Setiausaha Agung UNI-MLC. Turut hadir ialah Tuan Haji Mohd Effendy Abdul Ghani, Setiausaha Agung UNI-MLC

Hasil perbincangan dan kesepakatan bersama, empat (4) orang pemimpin telah dipilih secara sebulat suara untuk menerajui Jawatankuasa Sektor Logistik Malaysia, seperti berikut:

🟠Pengerusi - Tuan Haji Suratmin Haji Alwi
🟠Naib Pengerusi - Sdr. Saiful Adli
🟠Setiausaha - YM Ungku Mohd Hafiz
🟠Bendahari - Sdr. Muhammad Azli Shah

Penubuhan jawatankuasa ini merupakan satu langkah penting ke arah memperkukuh suara, solidariti dan kerjasama kesatuan sekerja sektor logistik di Malaysia, sekali gus mewujudkan platform yang lebih tersusun untuk memperjuangkan kepentingan serta pembangunan warga pekerja dalam sektor berkenaan.






Read more...

Sunday, August 9, 2026

Mesyuarat Agung Tiga Tahunan bagi Tempoh 2026-2029 Kesatuan Pekerja-Pekerja Rengo Packaging Malaysia Sdn. Bhd.

 



Tarikh : 8 Ogos 2026
Masa : 4.30 petang
Tempat : Ena Cafe & Restaurant, 27, Jalan Teluk Kapas 27/94, Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor
Kehadiran: 52 orang

12 orang Ahli Jawatankuasa Kerja

40 orang ahli

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Saudara Fazruizuan bin Rosly selaku Setiausaha, diikuti dengan perkongsian dan penerangan mengenai perkembangan terkini berkaitan C.A.

Seterusnya, Saudara Fazruizuan bin Rosly mengumumkan pelantikan seramai 12 orang Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) yang baharu bagi menerajui organisasi untuk penggal yang akan datang.


Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada Presiden baharu, Saudara Azahar bin Mohamat Dan, yang menyampaikan penghargaan serta komitmen beliau dalam meneruskan amanah dan memperkukuh hala tuju organisasi bersama barisan kepimpinan yang baharu.


Dalam pada itu, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, turut merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada seluruh barisan Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik bagi penggal 2026–2029, serta mendoakan agar kepimpinan baharu dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat kerjasama.


Mesyuarat kemudiannya ditangguhkan pada jam 6.30 petang.

Read more...

Friday, August 7, 2026

Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar Sdn. Bhd. Adakan Pertemuan Bersama Presiden UNI-MLC Bagi Persediaan Rundingan CA6

 

Pada hari ini, pihak Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar Sdn. Bhd. telah mengadakan satu sesi perjumpaan bersama YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal bagi membincangkan persediaan menghadapi tamatnya Perjanjian Bersama Ke-5 (CA5) serta persiapan awal bagi rundingan Perjanjian Bersama Ke-6 (CA6).

Perbincangan ini memberi peluang kepada pihak Kesatuan untuk mendapatkan pandangan dan berkongsi pengalaman bagi memastikan rundingan CA6 dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

Dalam sesi yang sama, pihak Kesatuan turut menyampaikan baju rasmi Kesatuan kepada YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal dan wakil UNI-MLC sebagai tanda penghargaan.

Delegasi Kesatuan yang hadir ialah:
  • Sdra. Mohd. Sukri Bin Abd. Rahman – Presiden Kesatuan
  • Sdri. Yuhanis Binti Hashim – Setiausaha Kesatuan
  • Sdri. Rudziatul Adibah – Bendahari Kesatuan
Semoga pertemuan ini dapat memperkukuhkan kerjasama serta menjadi pemangkin kepada persediaan rundingan CA6 demi kepentingan dan kebajikan semua ahli Kesatuan.


Setiausaha

Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn. Bhd.


Read more...

Pertemuan Strategik Kesatuan AEON BiG Malaysia Bersama Presiden UNI-MLC

 



Kesatuan AEON BiG Malaysia telah mengadakan satu pertemuan rasmi bersama Presiden UNI-MLC, YBhg. Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, bagi membincangkan beberapa perkara strategik yang melibatkan kepentingan ahli serta hala tuju masa depan warga kerja AEON BiG Malaysia.

Antara agenda utama yang dibincangkan ialah persediaan rundingan Perjanjian Bersama (Collective Agreement, CA) bagi tempoh 2027–2029, di samping meneliti perkembangan semasa berhubung penutupan beberapa cawangan AEON BiG.

Pertemuan ini turut menjadi platform penting untuk mendapatkan pandangan, bimbingan dan sokongan daripada pihak UNI-MLC dalam usaha memastikan hak, kebajikan serta kepentingan ahli Kesatuan terus dipelihara dan diperkukuhkan.

Kesatuan AEON BiG Malaysia komited untuk terus memperjuangkan kepentingan ahlinya melalui kerjasama erat dengan semua pihak berkepentingan demi menjamin kesejahteraan dan kelangsungan masa depan para pekerja.


Read more...

Wednesday, August 5, 2026

Perjanjian Bersama (CA) Ke-7 Dimeterai: Lambang Komitmen Kesatuan dan Pengurusan BERNAS

 



Majlis menandatangani Perjanjian Bersama (CA) Ke-7 antara pihak Kesatuan dan pihak Pengurusan yang telah disempurnakan bersama GCEO BERNAS, Dato' Mohammad Azlan bin Abdullah di Hotel Hilton Glenmarie Shah Alam, pada 30 Julai 2026.

Majlis ini melambangkan komitmen bersama antara pihak Pengurusan dan Kesatuan untuk terus memperkukuhkan hubungan perusahaan yang harmoni berteraskan semangat persefahaman, saling menghormati dan kerjasama yang berterusan. Pada masa yang sama, ia menandakan bermulanya pelaksanaan Perjanjian Bersama (CA) Ke-7 selaras dengan aspirasi untuk meningkatkan kesejahteraan warga kerja dan menyokong kelestarian serta daya saing syarikat.

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC mengucapkan Tahniah kepada Kepimpinan Kesatuan BERNAS dan Pengurusan BERNAS diatas Kejayaan Menandatangani Perjanjian Bersama Yang Ke 7.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP