Thursday, November 6, 2025

Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif ke-3 diantara Kesatuan Eksekutif RHB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad

 


Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif ke-3 diantara Kesatuan Eksekutif RHB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad
Tarikh: 5 November 2025
Tempat: RHB Centre, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Majlis tertutup

Majlis menandatangani Perjanjian Kolektif (PK) ke-3 antara Kesatuan Eksekutif RHB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad telah berlangsung dengan jayanya pada 5 November 2025 bertempat di RHB Centre, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Majlis bersejarah ini diadakan bagi memperbaharui komitmen kedua-dua pihak dalam memastikan kebajikan, hak serta kepentingan warga kerja eksekutif RHB terus terpelihara seiring dengan matlamat pertumbuhan dan kemampanan organisasi.

Majlis turut dihadiri oleh tetamu kehormat berikut:

• Tan Sri Ahmad Badri Bin Mohd Zahir, Pengerusi RHB Bank Berhad
• Dato’ Mohd Rashid Bin Mohamad, Group Managing Director, RHB Bank Berhad
•Tuan Aminuddin Ab. Rahaman, Ketua Pengarah, Jabatan Perhubungan Perusahaan
• Datuk Mohammed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC

Kehadiran tokoh-tokoh penting ini mencerminkan sokongan padu terhadap hubungan perindustrian yang harmoni serta kerjasama strategik antara pihak pengurusan dan kesatuan.

Penandatanganan Perjanjian Kolektif ke-3 ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan hubungan dua hala yang produktif, berteraskan semangat saling menghormati dan muafakat demi kesejahteraan bersama warga kerja dan kemajuan organisasi.

Sekali lagi terima kasih kepada Datuk kerana sudi hadir pada majlis yang bersejarah ini.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP